Jumaat, 12 Disember 2008

Faktor kesihatan Optimum

Pagi Jumaat seperti biasa, selepas subuh aku bersedia untuk menjalankan aktiviti rutin, main badminton dengan rakan2 di kelab kami. Alhamdulilah, pada usia yang hampir 50 ini, aku masih boleh bersaing dengan rakan2 yang lebih muda. Mungkin kerana mula bermain badminton sejak kecil lagi. Walaupun tak pernah dilatih jurulatih berkelayakan, tapi dengan minat dan usaha aku boleh bermain, boleh dikatakan baik jugalah. Ditambah lagi, dengan pengalaman yang ditimba ketika mengambil sijil kejurulatihan badminton dan menjadi pengadil bertauliah dengan BAM ketika usia muda dahulu. Ada banyak kelebihannya bermain badminton ini. Walaupun banyak kita dengar ada orang meninggal di gelanggang badminton, tetapi sebenarnya beriadah dengan bermain badminton sangatlah baik, kerana seluruh bahagian badan akan bergerak dan berpeluh. Jika kita tahu selok belok dan kemahiran bermain badminton di dalam gelanggang, janganlah takut untuk bermain, berpeluh dan menjadikan badan sihat. Tetapi nasihat saya, jika baru berjinak-jinak dengan sukan badminton ketika usia sudah lanjut, inilah yang perlu berhati-hati. Kerana pergerakan di gelanggang badminton ketika berusaha mengembalikan bulu tangkis kepada pihak lawan selalunya memerlukan pergerakan badan yang sukar bagi orang yang tidak mempunyai kemahiran asas bermain sukan ini.

Seperti biasa, bermain pada pagi Jumaat (hari cuti di Kedah) ini memberikan kepuasan kepada saya dari aspek kekerapan bermain dan kebolehan rakan2 sekelab jika dibandingkan bermain pada waktu malam. Ini mungkin disebabkan oleh, bermain pada waktu malam, kita sudah kepenatan bekerja seharian. Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan, bersenamlah walaupun sedikit, tetapi banyak manfaatnya, kerana dengan bersenam, jantung kita berpeluang bergerak dengan lebih cepat dan menjadikan ia sihhat. Banyak caranya boleh kita bersenam. Cara yang paling mudah, berjogging. Hayunkan kaki perlahan2, sejauh mungkin dan selama mungkin. Sebab, kelori akan mula terbakar (menghancurkan lemak) setelah badan kita bergerak tanpa henti sekurang-kurangnya 40 minit. Jadi cubalah. Percayalah, daripada pengalaman saya sendiri, saya merasakan diri saya jauh banyak bezanya dengan rakan-rakan seumur dalam banyak aspek. Alhamdulillah.

Lepas bermain kurang lebih 3 jam, hari ini seorang rakan mengajak kami makan capati yang terkenal di Sungai Petani. Sambil makan ni, macam2 cerita yang kami kongsi. Antaranya banyak yang menceritakan tentang rakan2 yang sedang sakit dengan pelbagai penyakit. Jadi, sebagai ikhtibar, saya merasa kita semua wajib membuat senaman dengan apa cara sekalipun untuk menjadikan diri sentiasa sihat.

Aku ada juga membaca buku-buku tentang kesihatan. Antara yang dapat aku kongsikan di sini ialah, empat faktor kesihatan optimum ialah, pemakanan seimbang, senaman, rehat dan sentiasa berfikiran positif. Dan saya amalkan, Alhamdulillah.

3 ulasan:

kunan berkata...

Kawe respek ke domo Se..kerana dapat maintain bermain badminton atau bersenaman untuk menjaga kesihatan. Cuma kawe teringat Dato'Hj.Razali, Hj.Zainal Sirat (kawan saya), dan Dato' Rafie tersungkur ketika bermain badminton.

Pada pandange kawe, main ikut tahap umur je..dok soh ikut ore mudo-mudo. Ore mudo dok ape, sebab dia gagoh lagi. Domo gagoh jugok, tapi umur dok mengizinkan untuk demo main seperti orang mudo tu...

Kawe nok senaman selow-selow je..campor kawal makan dan sentiada bersifat positif.

Jange Maroh deh..11

yusofsipan berkata...

aku pun nak sentiasa sihat tubuh badan tapi bab bersenam ni macam malas ler pulak, problem jugak kan?

chehassan berkata...

Terima kasih ayahku dan cikguyusof. Jangan takut nak bersenam. Senang jer, fikirkan bagaimana nak badan kita bergerak dan berpeluh. kalau malu nak joging2 sebab rasa diri dah tua, buat dalam rumah, seperti skipping, lari setempat atau ulang alik di ruang yang sempit. Yang penting istiqamah. Ingat macam ni, badan berpeluh, redikal bebas keluar, jantung sihat, darah lancar. Buat jadual, 2 atau tiga hari sekali. Saya ada seorang rakan, usianya sudah 73th, tetapi boleh bermain badminton dengan baik dengan geng saya ni. Badannya cukup cantik, tak ada perut buncit dan lembik di sana sini. Pemakanannya penuh dengan petua. Jadi, cubalah. Gaya hidup kita adalah penentu kesihatan kita.