Selasa, 17 Februari 2009

Semangat yang ditunjukkan guru

Hari ini raptai penuh kejohanan olahraga sekolah yang akan berlangsung petang esok (18 Feb). Melihat apa yang berlaku di padang, saya sebagai Gb merasa sangat bangga dan terharu dengan semangat yang ditunjukkan guru. Mereka tahu apa yang perlu dibuat mengikut kapasiti masing-masing. Yang penting pada hari sebenar semuanya berjalan lancar dan penuh bersemangat seperti bersemangatnya para peserta mengambil bahagian. Semuanya hampir bersedia sepenuhnya. Kalau ada yang tertinggal dan sedikit cacat celanya, mungkin kerana terlepas pandang atau masih ada kelemahan di mana-mana bahagian.

Sebagai GB, saya sentiasa cuba bersama-sama memberikan sokongan dan bimbingan kepada rakan2 guru agar apa yang dibuat sentiasa ada penambahbaikan, walaupun sedikit. Prinsip saya, tidak lagi mahu mendengar, tahun lepas kita sudah buat macam ni. Pada saya tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Secara diam2 saya membuat check list dan menyemak, bahagian mana yang belum benar-benar bersedia. Ini bermakna secara tidak langsung, saya sentiasa membuat penilaian sejauh mana kekuatan, kemahiran dan tindakbalas guru terhadap apa yang dirancang. Saya sedar, dalam sesebuah organasasi, masih ada orang yang boleh dianggap sebagai penumpang. Tapi saya sentiasa berharap ia akan berubah dan meletakkan dirinya sebaris dengan rakan2 yang lain dalam kerjasama mencapai visi sekolah.

4 ulasan:

Seri Suryati berkata...

che hassan
saya rasa lega dah selesai temasya sukan sekolah. bukan senang nak bawa perubahan ...kadang2 kita dicebikkan saja.
tapi apabila sudah terlaksana dgn cemerlang di stadium baru2 ni, golongan guru begini barulah cuba menerima hakikat perubahan secara perlahan.

WR berkata...

program sukan memang mendapat tempat samada bagu murid mahu pun guru. Mereka memang bersemangat. Namun jangan terlebih semangat hinggakan ada yang tidak dapat menerima kekalahan...Satu lagi, semasa sibuk di padang, aspek kelselamatan lain harus diberi perhatian juga, terutama sekolah menengah. Takkala kita sibuk di padang, ada pelajar yang mengamnil peluang:
i. merempit di luar kawasan sekolah
ii. berdua-duaan dengan kekasih dalam bilik kelas
iii.bergaduh di kawasan sekolah

mantan berkata...

che,
Apa pun aktiviti sekolah, semua pelajar mesti terlibat/dilibatkan. Tidak ada yang terlepas pandang. Jika tidak, jadilah macam Waruna kata tu.

Dalam sukan, tak semestinya yang 'kaki bangku' itu tidak dilibatkan. Mereka tetap ada peranan (untuk dilatih) dalam hal-hal lain yang berkaitan sukan. Tidak pandai bersukan, bukan bermakna tidak boleh menjadi 'ahli' (keahlian) dlm bidang sukan.

chehassan berkata...

Terima kasih seri, wan dan mantan cikgu wahab.