Jumaat, 6 Februari 2009

Potensi muridku

Petang khamis kelmarin, saya menghadiri kejohanan olahraga SK seri Gedung sebagai menghormati jemputan rakan GB Cikgu Bakar. Memang hebat kejohanan ini sehebat GBnya yang memang sudah terkenal itu. Perbarisan lintas hormat kontijen diiringi pancaragam khas angkatan tentera. Melihat keseluruhan kejohanan, ternyata sek ini membuat persediaan rapi. Banyak juga idea yang saya peroleh sebagai persediaan kojohanan sekolah sendiri nanti.

Saya mengambil kesempatan untuk melihat acara lari berganti-ganti jemputan antara 6 buah sekolah yang turut disertai SKTI, sekolah saya. Ternyata walaupun acara ini diadakan agak lewat, tetapi penantian saya agak puas bila melihat kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan memenangi pertandingan itu. Lelaki, johan dan perempuan naib johan. Rasa bangga juga saya apabila rakanGB yang ada di situ memperkatakan kehebatan anak2 SKTI.

Sebenarnya, dari pemerhatian dan analisis yang saya buat, SKTI mempunyai banyak potensi untuk maju. Semua aspek mempunyai kekuatan tersendiri termasuk murid-muridnya. Ketika pertandingan berlangsung, saya lihat murid-murid SKTI jauh lebih baik dan mempunyai disiplin yang tinggi untuk menjadi juara. Ini bermakna, guru-guru perlu mwngambil kesempatan di atas segala kekuatan dan peluang yang ada untuk memajukan diri, murid dan sekolah. Saya sangat yakin SKTI boleh bergerak maju dalam tempoh yang singkat jika semua guru dan warga sekolah meletakkan komitmen yang tinggi dalam bidang masing-masing. saya berjanji akan sentiasa bersedia memberikan sepenuh sokongan dan bimbingan untuk sama-sama kita bangun dan berjaya.

4 ulasan:

Habshah berkata...

Assalammualaikum,

Terimakasih kerana singgah ke blog sekolah saya dan memberi komen yang membina. Semuga cikgu dan sekolah cikgu terus berjaya dan cemerlang.
Terimakasih

mantan berkata...

Chehasaan,
Tahniah kerana kejayaan budak-budak tu. Saya percaya kejayaan itu juga kerana semangat GBnya yang sentiasa berusaha untuk mencpi kejayaan.

Ketika saya menjadi guru dulu; apabila melibatkan sukan, saya selalu menggalakkan murid-murid supaya berusaha dan memburu kejayaan.

Satu petua yang saya selalu beri kepada pelajar-pelajar: saya selalu katakan: Jika kamu ingin berjaya dalam apa juga sukan yang diceburi, kamu mesti TEPAT dalam semua perkara berkaitan sukan. Bagi saya SUKAN itu 'KETEPATAN'.

chehassan berkata...

Terima kasih Pn. habshah dan cikgu Wahab. Dorongan daripada rakan2 guru dan perkongsian idea diharap akan memberi kelebihan kepada saya dalam menguruskan sekolah.

Puteri Azizul berkata...

Tahniah kepada GB yang sentiasa prihatin dan inginkan kejayaan untuk sekolahnya.