Isnin, 9 Februari 2009

Pengelolaan Kejohanan Olahraga Sekolah dan Pendidikan

Hampir semua sekolah mengadakan kejohanan olahraga tahunan. Kononnya acara wajib. Tapi jarang diambil peduli rasional, matlamat dan objektifnya. Yang cikgu2 dan pemimpin sekolah tahu, kejohanan olahraga mesti dibuat setiap tahun. Ada juga yang disebut Sukan Tahunan. Walhal, sukan bermaksud semua acara termasuk bola sepak, badminton dan sebagainya, macam sukan olimpik tu. Cerita pasal kejohanan olahraga ni, selalunya ada orang-orang yang memang boleh diharapkan dan sangat berpengalaman. Orang-orang ini adalah PKKO, SU Sukan, Guru yang ada tauliah POAK dan sebagainya. Pendek kata, kejohanan olahraga pasti akan berjaya dibuat. Lagi pengalaman dan lagi cekap orang-orang ini, lagi baiklah temasya tahunan ini dijalankan.

Tetapi apa yang nak saya perkatakan ialah, rasional, matlamat dan objektif acara tahunan ini. Bukan sekadar memenuhi takwim dan rutin sekolah sahaja. Justeru para pemimpin sekolah, GB dan Penolong Kanan perlu arif tentang selok-belok pengelolaannya. Jangan kata, saya PK1 dan saya PKHEM, saya tak perlu ambil tahu. Guru besar pula kata, semua kerja ini perlu diuruskan oleh PK dan SU Sukan. Sebagai pemimpin, adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan PK dan guru2 diberi bimbingan yang sewajarnya. Hukum hakam acara dan istilah2 perlu diketahui dan perlu dipastikan semuanya diuruskan dengan baik. Saya pernah tengok, sekolah menganjurkan kejohanan olahraga, ikut suka2 mereka menentukan syarat dan undang2nya. Jadi agak lucu juga bila guru2, PK dan GB, langsung tidak tahu sedikit peraturan olahraga. Ini bermakna, tujuan dan matlamat mengadakannya tidak tercapai.

Berasaskan pendidikan Jasmani dan Kesihatan, acara Kejohanan Olahraga adalah menjadi kayu ukur kepada pelajaran tadi. Kerana melaluinya, murid-murid diajar asas2 olahraga yang berfokuskan kepada amalan gaya hidup sihat. Selain itu, hari ini ahli sukan sudah menjadi sebahagian daripada profesion yang sangat hebat. Jadi, segala-galanya bermula di sekolah. Kita sering mendengar perdebatan untuk menjulang mutu sukan negara, tetapi, kita tidak bekerja ke arah itu. Secara logiknya, pembangunan sukan harus bermula pada peringkat kanak2 atau di sekolah rendah. Tetapi, kita tidak pernah mendengar atau ada satu rancangan untuk program pembangunan sukan di sekolah. Kalau adapun, hanya di sekolah sukan. Itupun, tak sampai ke mana. Ada setengah sekolah, takda padangpun, walaupun sekolah tu baru siap dibina. Maknanya, kita cakap tak serupa bikin. Antara KPM dan KBDS mereka tidak duduk semeja dan rancangan yang sepatutnya tak sampai ke peringkat kita di sekolah rendah. Yang KPM selalu tanya, berapa ramai murid sekolah kita dapat A.

Saya ingin mengajak guru2 supaya sentiasa mengambil kesempatan bukan sahaja bermatlamatkan pendidikan untuk murid tetapi juga untuk diri kita sebagai seorang guru. Biarlah kita ini, boleh melakukan apa saja tugas di sekolah dengan baik sekali, kerana kalau kita tidak pakarpun, tetapi kita sentiasa belajar dan mencuba jadi yang terbaik. Kita faham hukum dan peraturan2 dalam sesuatu acara olahraga dan kita boleh kembangkan bakat dan potensi pelajar kita ke tahap yang membanggakan wpun mereka tidak berupaya mendapat A dalam akademik. Justru, ambillah kesempatan ini untuk sentiasa belajar melalui pelbagai sumber yang ada agar kita menjadi guru yang sangat hebat dalam dunia pendidikan dan negara yang kita cintai ini.

5 ulasan:

Cikgu Wahab (simantanguru) berkata...


chehassan,

Saya tetap membaca setiap posting che di blog ini.

Selalu saya sebutkan, apa-apa yang hendak kita laksankan/uruskan/ tadbirkan, kita mesti mempunyai ilmu berkaitan.

Demikian juga dengan pengelolaan sukan dan olahraga di sekolah.

Sebagai GB dan Pengetua, kita mesti mempunyai ilmu "melebihi" orang lain.

Kita tidak boleh 'empower' tugas kepada orang lain jika kita tidak mempunyai ilmu berkaitan tugas itu.
Nanti kita dilihat sebagai "melepaskan tanggungjawab" kepada orang lain.

Apabila kita 'empower' tugas kepada orang lain bukan kerana kita tidak tahu buat tetapi hasrat kita ialah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada orang lain. Di samping itu kita ingin menyemaikan sifat bekerjasama.

Ilmu bagi GB maupun Pengetua dibaratkan seperti bungkah ais yang terapung di lautan (Iceberg).
Yang terlihat sedikit, namun hakikatnya bungkah ais itu lebih besar dan terselindung di bahagian bawah. Demikianlah ibarat ilmu yang perlu bagi GB dan Pengetua.

Jika dirujuk oleh guru-guru berkaitan tugasan mereka, ada maklumat dan ilmu bagi membantu mereka menjalankan tugas.

Puteri Azizul berkata...

Helo,
Saya setuju dengan cikgu wahab,walaupun tugas pengarahan sukan ditangan PKko tetapi GB mesti lebih tahu dari orang lain.Tapi ada juga GB yang tak kisah ttg sukan ni.Apa pun harap che dapat laksanakan sukan sekolah dengan jaya.

chehassan berkata...

Terima kasih Cikgu Wahab dan puteri yang sentiasa memberi dorongan semangat. Cikgu, blog ini saya gunakan untuk menyampaikan aspirasi saya tentang pengurusan sekolah. Banyak guru saya yang mengikutinya. saya sedang membina perhubungan ilmiah melalui projek e-pentadbiran di sekolah saya. Saya juga mengajak guru-guru untuk menjeguk blog rakan yang telah saya paut, yang mempunyai banyak perkogsian yang baik.

Al-Manar berkata...

cheHassan dan Cikgu Wahab

Jangan ketawa! Ini satu cubaan saya menulis dalam bahasa sendiri.
Saya tertarik sekali membaca perbincangan tentang ilmu yang perlu untuk mengurus sekolah. Saya amat kecewa melihat cara beberapa GB/Pengetua menjalankan tugas. Oleh kerana bukan dari anggota guru yang bertauliah saya munkin mempunyai pandangan yang berbiza dengan mereka.
Pertamanya, saya tidak dapat menerima kepentingan yang melampau terhadap kokurikulam(?). Keduanya, perlombaan mendapat gred cemerlang dalam UPSR,PMR dan SPM amat mengecewakan hingga mengabaikan separuh (50%)mereka yang ketinggalan. Ketiganya, perlombaan kenaikan pangkat mengatasi segala-gala. Keempat, keutamaan yang diberi kepada ‘format peperiksaan’ mengatasi kepakaran ilmu yang diajar kepada murid. Kelima, kelemahan guru dalam ilmu yang diajar amat mengecewakan.Keeanm, masa yang dihabiskan untuk guru guru bermesyuarat dan ketidak hadiran guru dalam kelas sungguh memalukan.

I can carry on listing out what I see as weaknesses. Above all it saddens me most to see two very significant and tragic weaknesses. There is hardly a sign of time-management.
Secondly, I see apparent lack of dedication as expected of a very noble profession. My latest posting ‘To Sir With Love’ is an example of that dedication.That I come from a totally different background could be the main reason for my disappoinment. It is for this very reason and for my love to serve my comminity that I am being unusually critical. I want nothing and expect nothing but the best. I am encouraged when I see signs of hope from your blogs, cheHassan and Cikgu Wahab. I am disappointed when I read through some blogs other teachers. The latest posting by Dr Mahathir on ‘orang ulu’ is very refreshing to me. I am nothing to that great man but I belong to his generation, pre-merdeka era, when we had to sweat and be bold enough to attend the cocktail parties, not necessarily to drink. I am sorry to take some of your space and for digressing away from my earlier bahasa Melayu – maalumlah semasa Za'aba bahasa jauh berbiza, dari segi tatabahasa dan ejaan.Ma'af jangan ketawa.

Cikgu Wahab (simantanguru) berkata...

Chehassan,
I totally agree with Al-Manar, especially when he wrote:'ketidakhadiran guru dalam kelas amat memalukan:

Dulu-dulu, I always reminded my fellow teachers that "A clasa without a teacher is a very dangerous class!"