Rabu, 18 Februari 2009

Kejutan, kejayaan, kemeriahan dan penghargaan

Setinggi penghargaan, terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua warga sekolah, pibg, ibu bapa, murid2 serta yang turut membantu menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah kali ke14. Alhamdulilah, semuanya selesai dengan berjaya dan meriah sekali. Semua guru dan warga sekolah telah memain peranan dengan baik sekali. Pada saya, ia satu kejayaan yang besar kepada sekolah dan seluruh warganya. Saya juga yakin, banyak yang telah dipelajari bukan sahaja oleh guru tetapi juga murid-murid yang kita sasarkan matlamat pendidikannya. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih di atas semua sumbangan, walaupun tidak besar, tetapi sudah cukup membantu dan merangsang perkembangan yang sihat di sekolah ini. Saya juga sangat kagum dengan kebolehan guru-guru mengikut bidang masing-masing. Setengahnya menunjukkan kebolehan membuat kejutan yang sangat baik dan sesuai untuk menambahkan kemeriahan kejohanan sebagai satu acara utama sekolah pada tahun ini.

Apapun keterujaan kami hari ini agak terganggu sedikit dengan satu kejutan kebakaran kecil di satu bilik punca utama eletrik bangunan blok C. Peristiwa itu berlaku dengan sekelip mata lebih kurang jam 10 pagi. Kami amat bernasib baik, kerana pada ketika itu semua murid tahun 4, 5 dan 6 yang menjadi penghuni blok ini semuanya berada di padang untuk raptai akhir kejohanan. Api yang marak membakar bilik itu berjaya dikawal oleh guru-guru menggunakan alat mengawal kebakaran yang ada di sekolah sebelum pasukan bomba tiba 10 minit kemudian. Dalam kejutan, kelam-kabut dan rasa agak tertekan itu, alhamdulilah semuanya berjaya diatasi dengan baik dengan sokongan dan nasihat daripada guru-guru, pegawai-pegawai bomba dan tenaga nasional yang begitu mesra pelanggan.

Peristiwa dan apa sahaja yang belaku pada hari ini, seharusnya menjadi iktibar kepada seluruh warga sekolah. Kita semua mempunyai tanggungjawab yang sangat berat bukan sahaja mendidik tetapi juga untuk sentiasa memastikan sekolah dan murid-murid selamat.

1 ulasan:

Puteri Azizul berkata...

Tahniah atas kejayaan mengadakan sukan dengan jayanya.