Selasa, 24 Februari 2009

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Semalam, sehari saya di Auditorium AMREC, Hi-Tec, Kulim menghadiri taklimat SKPM oleh Jemaah Nazir dan Sektor Jaminan Kualiti JPN Kedah. SKPM ni diimplemen sejak 2003. Secara peribadi saya setuju dengan SKPM ni. Ia dijadikan sebagai satu panduan lengkap untuk mengurus dan memimpin sekolah. Melihat kepada lengkapnya instrumen ini, bila dibandingkan dengan sekolah yang sedang kita pimpin ini, masih banyak kerja perlu dibuat untuk mencapai satu tahap yang dikatakan sekolah cemerlang. Keseluruhan aspek pengurusan sekolah menjurus kepada matlamat utama, kemenjadian murid mengikut falsafah negara. Itu hala tuju sebenar. Tetapi apa yang berlaku di sekolah hari ini, agak terpesong sedikit, terutama kemjadian murid dari aspek sahsiah dan kokurikulum. Ini kerana, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Saya sentiasa mengimpikan sebuah sekolah yang lengkap dengan segala ruang dan peluang untuk melahirkan kemenjadian murid yang benar2 memenuhi hasrat FPK. Justeru, saya menyeru seluruh warga SKTI, marilah kita bangun bersama-sama memikul tanggungjawab ini.

7 ulasan:

Cikgu Wahab (simantanguru) berkata...

Che,
Saya percaya suatu ketika nanti sistem pendidikan kita akan "merenggangkan dirinya" daripada sitem yang amat berfokus kepada peperiksaan. Ini akan berlaku secara evolusi.

Nanti akan terhasil suatu sistem yang menjurus kepada "kemenjadian murid" secara menyeluruh.

Walau bagaimanapun, saya fikir, "persediaan" ke arah itu sudah patut dimualai dengan hebat.

Taifor berkata...

saya setuju juga

cg khrie berkata...

Saya bersetuju bahawa sistem pendidikan kita yang lebih berorientasikan peperiksaan sedikit sebanayak menjadi penyebab kepada kurangnya proses mendidik murid dalam aspek kepimpinan, kokurikulum dan penguasaan kemahiran lain yang lebih diperlukan untuk berhadapan dengan kehidupan.

Namun dalam keterbatasan itu, jika pentadbir mampu merancang dan mengalih sedikit penekanan kepada aspek-aspek lain tanpa menjejaskan kurikulum, usaha mewujudkan kemenjadian murid akan dapat dilaksanakan.

Saya setuju dengan cikgu wahab bahawa sewajarnya kita sudah ada 'persediaan' ke arah itu.

(http://mendewa.blogspot.com)

pssskbbsl berkata...

Gunakan apa anda dapat untuk kecemerlangan sekolah.

guru_cikgu berkata...

Segalanya peperiksaan, bermula UPSR, PMR, SPM dan STPM. Bila keputusan rendah, GB/Pengetua gelabah, Cikgu resah, anak murid mula dikerah.
Tapi seronok juga, itulah asam garam kehidupan guru.

chehassan berkata...

Terima kasih atas pandangan semua. Dasar dan falsafah sudah elok. Tapi pelaksanaan masih bercelaru. Banyak sgt yang nakdiuruskan di sekolah. Macam pejabat pos.

Al-Manar berkata...

Cikgu,
Sebagai bukan dari kalangan guru yang bertauliah saya sedih melihat kecelaruan yang berlaku. Politik banyak menyebabkan keaadan ini. Politik ditahap kementerian dan seterusnya kebawah. Ada pengarah dan pengetua yang naik pangkat melalui ‘talian’. Ditambah pula dengan pentingnya nama nama dan cogan kata yang berapi api dan canggih. Sekolah bistari, integrasi, elite, SBP, imtiaz, ugama dll. Sementara universiti pula tiada yang lain daripada taraf ANTARABANGSA, pensyarah pun bergelar Datuk Prof Dr dan sebagainya. Hasilnya ialah muda mudi Melayu menjadi tenaga murahan di kedai kedai dan syarikat kepunyaan bukan Melayu. Terpulaglah kepada orang orang seperti Cikgu mengembeling tenaga dengan sedikit sikap ‘berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan’. Yang sebaya dengan saya hanya masuk sekolah Melayu, sekolah ugama dan tamat disekolah orang puteh. Tetapi kertas soalan, hinggakan kertas Malay Language, diterbangkan dari negeri orang puteh dan dihantar balik kesana. Tiada guru guru pakar dan berkemampuan membuat dan menelah soalan peperiksaan. Tugas mereka mengajar seberapa daya.