Jumaat, 10 April 2009

GB dan kepimpinan instuksional

Kepimpinan instruksional bermaksud kebolehan pemimpin untuk menjadi instruktor dalam semua aspek di dalam sebuah organisasi. Jika di sekolah, GB atau Pengetua, serta Penolong Kanan dan guru-guru kanan yang dianggap dalam kelompok pemimpin seharusnya mampu memberi tunjuk ajar dalam semua aspek pendidikan. Dalam erti kata lain, kebolehan mereka seharusnya melebihi atau lebih baik daripada guru-guru yang boleh dianggap junior drp mereka. Jikapun ada guru-guru yang lebih senior drp mereka, seeloknya pemimpin lebih tahu dan berkebolehan drp guru-guru yang dipimpinnya.

Mengurus instruksional di sekolah, bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga melampaui tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pendidikan, seperti pengurusan fizikal sekolah, perhubungan, penganjuran dan sebagainya. Ini bermakna, GB atau pengetua di sekolah perlu memahami dan mengetahui sebanyak mungkin hal-hal umum yang boleh membantu mereka menguruskan sekolah dengan baik. Semua tindakan dan keperihatinannya sentiasa menjadi perhatian, murid, guru, staf serta ibu bapa. Yang pentingnya adalah impak kepada sekolah secara keseluruhannya.

Pagi ini saya berkesempatan berbual dengan rakan lama (pesara guru) yang telah menceburi bidang perniagaan barang-barang sukan di sekolah. Kebetulan hari ini saya hadir ke sekolah dengan memakai pakaian sukan yang lengkap. Apa yang diutarakan oleh rakan saya ini ialah pengalaman yang dilaluinya ketika berkhidmat sebagai guru di bawah beberapa pemimpin yang berbeza-beza. Katanya, jika seorang GB atau Pengetua yang tidak berorientasikan sukan, bermakna sekolah itu tidak akan berkembang dalam bidang sukan. Daripada pemerhatiannya, mereka bukan saja tidak tahu menahu tentang sukan dan kepentingan kepada para pelajar, tetapi juga tidak akan sedikitpun mendorong guru dan pelajar untuk maju. Kalau adapun mungkin kerana minat dan kesungguhan seseorang guru. Tetapi selalunya, minat guru tadi akan luntur jika tidak ada sedikitpun dorongan dan penghargaan drp pemimpin sekolah.

Dari pemerhatian saya juga ada benarnya pendapat rakan saya tadi. Bukan saja dalam bidang sukan, dalam apapun di sekolah, jika GB atau pengetua hanya mengharapkan ianya akan berlaku atau akan dilakukan oleh guru, tanpa instruksional yang ditunjukkan pemimpin, rasanya sukar. Pengalaman saya sendiri menunjukkan kebolehan, kemahiran dan kemahuan yang tinggi daripada pemimpin akan mendorong guru-guru cuba untuk melakukan perubahan. Itupun secara beransur-ansur dan memakan masa. Apa yang ingin saya kongsikan di sini, jika kita mengharapkan perubahan yang luar biasa, kita haruslah terlebih dahulu menjadi luar biasa.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya, benar sekali saya amat setuju dengan pandangan En.Hassan. GB harus selangkah,dua langkah atau lebih banyak langkah kehadapan berbanding dengan guru-guru yang dipimpinnya. Oleh itu GB/Pengetuaharus sentiasa menambah ilmu dalam kepimpinan dan lain-lain. "Instruktional leadership" juga membawa makna kepimpinan pendidikan. Amat sesuai dengan proses pendidikan itu sendiri. Guru harus menjadi contoh kepada semua bukan saja murid tetapi juga untuk masyarakat terbuka. Kepimpinan melalui tauladan sangat signifiken dengan kepimpinan instruktional ini. Ertinya apa saya gerakkerja dan aktiviti yang dilaksanakan disekolah akhirnya mesti menokot tambah proses P&P yang disampaikan dibilik darjah. P&P adalah paksi kepada proses kepimpinan itu.Manakala P&P pula tidak semestinya dibilik darjah. Tidak semestinya tutur kata dan syarahan. P&P juga boleh bersumberkan model dan contoh yang ditujukkan oleh guru sebagaimana yang cikgu Hassan buat dan lakukan itu. Tahniah dari saya Taifor Mahyidin.Machang Kelantan.

Puteri Azizul berkata...

Tahniah CH anda GB yang serba boleh, buktikanlah kemampuan anda agar para guru dan murid nampak apa yang anda buat. ...

WR berkata...

Saya pernah katakan pada cikgu Yusof saya sebagai seorang guru wanita tak ada kemampuan untuk menjadi soerang "pengetua sekolah" dan pada masa yang sama menjadi "pengetua" di rumah sendiri. kalau saya mendapat "cemerlang" di sekolah, saya sedar yang saya hanya mencapai tahap "memuaskan" di rumah. Itu lah saya. Namun ramai pemimpin wanita di sekolah yang berjaya pun..

chehassan berkata...

Komen saya Waruna, pemimpin wanita dan lelaki ada bezanya. Pemimpin wanita yang berjaya mungkin tak sama pendekatan pemimpin lelaki yang berjaya. Sifat dan personaliti masih mempengaruhi.

Abang Jeff Trg berkata...

Asmkum,

Karisma pemimpin amat penting dalam menonjolkan kebolehan kepimpinan sejati.Walaupun demikian tindakan(actions) merupakan kekuatan kepada tunjang terlaksananya sesuatu program.Tindakan yang berketepatan dengan objektif menghasilkan pencapaian positif.Pengulangan tindakan berterusan akan membawa penghasilan produktiviti berkualiti.Persoalanya apakah kita mampu mengulangi tindakan berterusan tanpa jemu.Di sini letaknya kualiti profesinalisma keguruan sejati.Abang Jeff gembira guru-guru mengenali kejatian profesyen keguruannya.

chehassan berkata...

Wah, hebat mu Yah. Dengan nama samaran abg jeff, penuh bergaya memberi first komen dalam blog aku ni. Semoga komen2 akan datang lebih menarik.