Isnin, 20 April 2009

ICT sedalam lautan

Mengenali ICT bukan bermakna hanya melihat apa yang ada di skrin komputer. Lebih daripada itu untuk mencapai tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang baik tentang ICT, usaha seseorang harus dipertingkatkan melalui pembelajaran yang berterusan. Sebagai guru, usaha ini sepatutnya menjadi amalan atau budaya yang sihat dalam kehidupan dan persekitaran kerja sebagai penyempai ilmu. Kebanyakan kita mungkin hanya mengetahui dan menguasai komputer hanya pada peringkat 'luar' atau pengguna sahaja. Sedangkan pengetahuan yang luas tentang ICT bukan saja membantu dalam banyak kerja kita tetapi juga boleh membantu dari aspek penyelenggaraan serta kos yang kita tanggung. Justeru usaha meneroka dunia ICT seharusnya perlu dilakukan oleh pendidik dengan harapan mereka dapat menjadi sumber maklumat kepada para pelajar didikannya. Kita mungkin seronok menikmati dan melayari dunia secara maya tanpa menyedari di sebalik itu, terlalu banyak lagi yang kita tidak tahu tentang ICT.

Di sekolah, seharusnya murid-murid bukan saja dibimbing mengakses maklumat, tetapi juga mewujudkan perasaan ingin tahu mereka tentang 'belakang tabir' ICT itu. Mungkin satu hari nanti di kalangan murid kita, lahirnya programer, jurutera dan orang2 yang hebat menguasai ICT. Sejarah telah menunjukkan bagaimana lahirnya jutawan segera penghasil2 perisian komputer di seluruh dunia. Sebagai guru kita seharus berfikir sejauh itu. Dan mungkin anak2 kita juga mampu mencapai tahap itu, sebab dunia ICT tidak tergambar luasnya untuk diteroka seluas dan sedalam lautan yang tidak bertepi. Alangkah rugi dan tertinggalnya kita jika kemudahan yang ada di sekolah tidak diekploitasi sepenuhnya khususnya untuk pembelajaran murid dan kemajuan sekolah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

2 minggu yang lalu saya membeli satu program khas untuk mengurus segala data dan rekod perkhidmatan kaunseling yang saya laksanakan. Program ini hasil usaha seorang guru yang sekarang sedang bertugas disalah sebuah sekolah di daerah Kuantan. Kepakaran guru ini dalam bidang matematik. Tetapi beliau tidak 'gila' matematik sahaja, pada masa yang sama pada saya beliau juga 'gila' ICT. Hasil kegilaannya itu menyebabkan beliau memapu menjana sumber pendapatan tambahan melalui program yang beliau hasilkan. Inilah apa yang dimaksudkan oleh Cikgu Hassan ni. Satu contoh dalam dan luasnya ilmu dalam dunia ICT. Tahniah cikgu Hasssan. Saya banggan mempunyai kawan sebagaimana tuan ini. Seorang guru besar yang amat dedikasi. Taifor