Selasa, 28 April 2009

Mengorak langkah menjadi yang terbaik

Hari ini pasukan Bola Baling lelaki dan perempuan mencipta sejarah apabila mengungguli pertandingan peringkat Zon PKG Sungai Petani. Kedua-dua pasukan menjadi Johan dan sebahagian pemain akan mewakili Zon ke pertandingan peringkat daerah Kuala Muda/Yan. Menariknya, pasukan lelaki begitu hebat sehingga tidak tertanding oleh 9 pasukan sekolah lain yang bertanding apabila menjaringkan gol lebih daripada 10 gol dan hanya melepaskan beberapa gol sahaja kpd pihak lawan. Pada perlawanan akhir pasukan lelaki mengalahkan pasukan SK Sungai Pasir 13 gol tanpa balas. Bagi pasukan perempuan yang pada awalnya dianggap underdog, berjaya menjadi johan dengan kiraan lambungan syilling apabila terikat 6 sama selepas masa tambahan dan penalti juga melawan pasukan SK Sungai Pasir. 2 minggu lalu pasukan hoki meletakkan nama sekolah sebagai pasukan yang perlu diberi perhatian pada masa akan datang setelah berjaya memenangi tempat ketiga dalam penyertaan sulung di peringkat daerah. Selain itu, pelajar kita juga berjaya menempa nama sebagai pemenang pertama dalam pertandingan buku skrap bimbingan dan kaunseling peringkat daerah. Kejayaan-kejayaan ini menunjukkan para pelajar dan juga kita mempunyai potensi yang besar untuk mencipta kecemerlangan sekolah. Dalam aspek akademik, kita juga menunjukkan peningkatan yang baik terutama calon2 UPSR hasil usaha gigih guru-guru. Melalui pengalaman manis ini, seharusnya kita sedar bahawa perubahan akan berlaku jika kita sentiasa berusaha dan meletakkan matlamat untuk berjaya. Saya merasa bangga dan kagum dengan kesungguhan guru-guru dan para jurulatih yang tidak mengenal penat dan berkorban masa untuk perkembangan kemenjadian murid dan kegemilangan sekolah. Syabas semua.

2 hari yang lalu kita telah mengadakan mesyuarat pertama AJK PIBG baru bagi sesi 2009/2010. Hasil daripada mesyuarat ini, AJK yang baru ini menunjukkan keinginan untuk berusaha menambahbaik pengurusan PIBG dan membantu sekolah. Ini bermakna sekolah mempunyai peluang yang baik untuk mengorak langkah ke arah kecemerlangan dengan kekuatan dan kesungguhan PIBg dan komuniti setempat. Harapan saya, apa yang diucapkan oleh En. Saridun selau YDP bahawa kita bukan hanya bermesyuarat tetapi mengambil tindakan kepada keputusan mesyuarat untuk memastikan matlamat yang kita rancang tercapai. Suatu yang menarik hasil perbincangan tersebut ialah AJK bersetuju untuk melancarkan Dana Setiap Waris RM50, bagi meningkatkan sumber kewangan PIBG. Kita berharap cadangan ini akan menjadi kenyataan dan tidak dibantah oleh ibu bapa. Sumber kewangan PIBG yang kukuh akan membolehkan pelbagai program dibuat untuk membantu sekolah. Kita harus memahami dan menyedari bahawa PIBG adalah aset kepada pembangunan dan kecemerlangan sekolah. Hal-hal dan prasangka negatif haruslah dielakkan. Kepada ibu bapa yang kurang mampu dan masih dalam lingkungan memerlukan bantuan, PIBG perlulah prihatin dengan tidak menekan mereka dari aspek sumbangan kewangan kepada tabung PIBG. Walau bagaimanapun, ibu bapa ini haruslah sedar dan sentiasa memberikan kerjasama dan sumbangan dalam bentuk sokongan moral atau tenaga untuk membantu sekolah. Saya sentiasa membuka pintu kepada semua ibu bapa untuk bersama-sama saya membangunkan sekolah ke tahap yang terbaik. Ingatlah, sekolah ini, sekolah anak2 kita, adalah sekolah kita bersama. Kita bertanggungjawab dan memegang amanah untuk memastikan ianya memberi manfaat yang besar kepada pewaris keluarga kita dan negara. Justeru, saya menyeru kepada PIBG dan semua ibu bapa, marilah kita berusaha menjadikan sekolah ini antara yang terbaik di negara kita.

Memperkatakan tentang kejayaan dan kecemerlangan, kita tidak boleh lari daripada sumber tenaga yang kita ada. Saya merasa bertuah kerana SKTI mempunyai sumber tenaga guru yang berkualiti dan terbaik. Semua kita mempunyai kekuatan dan potensi untuk membangunkan diri dan sekolah. Dalam bidang sukan, kita mempunyai kepakaran seperti Cikgu Effendi dan Rosidi antara pakar bola baling, bola sepak dan olahraga. Mereka begitu disegani rakan dan lawan. Guru-guru lain yang tidak saya sebut di sini, sebenarnya anda semua mempunyai kebolehan tersendiri yang perlu dibangun dan direalisasikan dengan perubahan dan kejayaan. Adalah sangat rugi jika kita mempunyai kehebatan dan kepakaran, tetapi kita hanyalah sekadar menjadi guru biasa seperti ratusan ribu guru yang lain di seluruh negara. Sering kali saya katakan, kita seharusnya sentiasa mencipta sesuatu yang baru, sesuatu inovasi yang outstanding yang boleh kita jadikan mementum atau 'demam' kejayaan dan kecemerlangan. Saya sangat yakin, perubahan dan kejayaan luar biasa akan menjadikan 'kegilaan' seluruh warga sekolah untuk bergerak, mengorak langkah menjadi yang terbaik.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SYABAS KEPADA PASUKAN SEKOLAH ACARA BALING.SAYA SETUJU UNTUK MENJADI SEKOLAH TERBAIK PERANAN GURU SANGATLAH PERLU,DISAMPING IBUBAPA SERTA SIKAP ANAK-ANAK.ANAK IBRAT KAIN PUTIH KITALAH YANG AKAN MENCORAKAN MEREKA.

BAGI SAYA AKAN MEMBANTU SETAKAT SAYA MAMPU DEMI ANAK-ANAK SAYA SENDIRI DAN PELAJAR SKTI UNTUK MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH.EGALA AKTIVITI YANG DIBUAT PERLU DIKETAHUI IBU BAPA.bOLEHKAH CIKGU TAMBAH RUANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN UNTUK PENGETAHUAN WARIS...

chehassan berkata...

Terima kasih dan tahniah kerana kalau tak silap saya tuan/puan merupakan ibu/bapa pertama memberi respon di blog saya ini. InsyaAllah cadangan tuan/puan akan saya usahakan, mungkin melalui laman web sek tidak lama lagi.

Puteri Azizul berkata...

tahniah cikgu hassan, sekolah anda berjaya meletakkan nama skti dan anda sebagai pemimpinnya yang understanding..........

Tanpa Nama berkata...

Hebat. Satu penulisan dan penganugerahan persaan yang hebat dari seorang GB cemerlang kepada anak buahnya dan ibubapa serta anak-anak murid disekolahnya. Pandangan dan pengluahan persaan yang amat bermakna. Teruskan penulisan sebegini, ianya amat bermakna.Taifor