Sabtu, 4 April 2009

Bersama komuniti sekolah

Tengah malam tadi saya membuat kejutan menyertai rukuntetangga komuniti sekolah saya. Sebahagian yang bertugas tengah malam tadi terkejut dengan kehadiran saya sebagai tetamu dan turut mengambil kesempatan meronda bersama-sama warga Taman Emas Suria yang berjiran dengan Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail. Sebahagian murid sekolah ini adalah penghuni taman perumahan ini. Kebetulan pengerusi rukun tetangganya, Tn. Hj. Adnan adalah kawan rapat saya. Strategi dan matlamat saya adalah untuk mengambil peluang berkenalan dengan penduduk yang sebahagian besarnya adalah ibu bapa kepada murid-murid sekolah saya serta meronda di persekitaran sekolah. Terkejut besar, jaga sekolah yang baru hendak melelapkan mata dengan kehadiran guru besar pada awal pagi itu.

Bukan senang untuk memdapat peluang begini. Wpun jarak antara rumah saya dengan sekolah dan Taman Mas suria ini hampir 15km, tetapi kesempatan itu saya ambil untuk mendekati ibu bapa serta kejiranan sekolah yang saya pimpin. Kalau saya seorang diri untuk sesekali memantau keberkesanan jaga sekolah pada waktu malam, rasanya sukar untuk dilaksanakan. Justeru peluang ini saya ambil agar kehadiran saya tidaklah sebagai 'mengganggu'. Alhamdulilah, saya mendapat respon yang sangat baik daripada sebahagian ahli rukun tetangga yang bertugas tengah malam tadi, juga jaga sekolah saya walaupun agak terkejut dengan kehadiran saya. Dalam perbualan kami, terdapat juga beberapa perkara yang disentuh berkaitan sekolah. Antaranya hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan murid dan sekolah. Keseluruhannya menampakkan sesuatu yang sangat positif. Mereka ternyata mengharapkan penambahbaikan dalam semua aspek pendidikan termasuk kepimpinan sekolah dan PIBG.

Daripada pengalaman saya ini, saya sangat berharap semua guru memgambil kesempatan dalam apa keadaan, untuk mendekati ibu bapa dan bekerjasama ke arah membina pasukan pendidik yang mantap. Sindrom prajudis antara satu sama lain haruslah dielakkan dan saling memahami tanggungjawab sebagai guru dan ibu bapa. Kepada rakan2 ibu bapa yang membaca tulisan saya ini, sukalah saya katakan di sini, antara guru dan ibu bapa sangat memerlukan kerjasama yang hebat untuk melahirkan para pelajar yang hebat dan membina sekolah yang cemerlang. Kita semua bertanggungjawab membina generasi masa hadapan keluarga dan negara.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ! satu langkah bijak. Tak ramai pemimpin sekolah bertindak begini. Untuk keselamatan sekolah/pelajar, panduan dan konsep sekolah selamat amat bermakna jika digerakkan. buku panduan mengenai konsep sekolah selamat tentu ada dalam simpanan sekolah. Saya pernah menggerakkan Jawatankuasa ini semasa di SMK Machang dulu dan sempat menyertai pertandingan sekolah selamat peringkat kebangsaan.
Biasalah En.Hassan kalau cikgu kecil lebih positif dari pemimpin sekolah mana boleh menang. Tapi sekurang-kurangnya saya berjaya mennimbulkan kesedaran kepada warga sekolah betapa pentingnya aspek keselamatan pelajar.
saya cadangan cikgu hassan rujuk buku panduan berkenaan. Taifor

chehassan berkata...

Terima kasih cikgu. Memang ada buku tu dan sentiasa dirujuk. Sekolah memang banyak resikonya.

HalipahAziz berkata...

asalamaliakum apa khabar, saya menukar nama blog saya , saya seronok membaca komen disekolah rakan2 dari aspek kekuatan,kelemahan dan apa yg dicapai, namun saya krg brani lagi menulis situasi di sek sy kerana telah dijadiakan isu,ditakuti menjatuhkan reputasi sekolah yg kini amat dikenali , banyak lawatan dari sekolah asli lain dtg untuk melihat kejayaan , baru2ni wakil PPD Sepang dtg bersama SK Bukit Tampoi akan dtg dari JPN Johor, Perak dan adalagi sek lain yg akan dtg. Letih dibuatnya untuk menyambut tetamu yg berhajat utk berkunjung. Tahniah buat Che Hassan dgn segaala usaha di sekolah...

Tanpa Nama berkata...

Assamulaikum,
Saya Ibu Asyrof,saya terpandang blok ini semasa saya tengah search SK Rantau Petronas,dimana nak -nak kita nak buat perkhemahan tu.Mula-mula saya tidak benarkan Asyrof pergi,tapi saya akedemik saja tak cukup untuk mereka,Syabas cikgu dapat buat perkhemahan tersebut walaupun jauh tapi saya rasa manafaat ada.Saya tertarik dengan SK Petronas,macamana depa dapat buat sambutan hari guru tahun lepas macam kenduri.Bagi saya jasa guru susah dibalas.Dulu semasa sekolah saya juga tak dapat nilai jasa guru,tapi sekarang ni saya dapat nilaikan jasa guru..Tapi banyak guru saya sekolah rendah dah tak ada ,yang ada pun susah nak jejaki...