Selasa, 19 Mei 2009

Perjumpaan Profesionalime Guru Besar

Sejak semalam saya menghadiri Perjumpaan Profesionalime Guru Besar Zon Kuala Muda2, daerah Kuala Muda/Yan, Kedah. Perjumpaan ini memberi peluang untuk para GB berdiskusi pelbagai isu yang berkaitan pengurusan dan kepimpinan sekolah. Dalam ucapan perasmian, Tuan PPD menarik perhatian kepada beberapa isu antara lainnya berkaitan pengutan bayaran wang daripada ibu bapa serta hal-hal yang berkaitan perancangan strategik sekolah. Keramahan dan ketidakprotokolan tuan PPD membuka banyak ruang kepada kami untuk berdailog dengan beliau khususnya berkaitan isu pengutan bayaran daripada ibu bapa. Dalam hal ini, saya lihat KPM sudah membuat kesilapan sehingga menjejaskan sedikit pengurusan sekolah dari aspek untuk menjalankan aktiviti-aktiviti murid, sehingga kementerian telah menyalurkan peruntukan khas 'one off' kepada PIBG sekolah. Di dalam perjumpaan ini, kami melihat betapi para pemimpin sekolah tidak sedikitpun didengar pandangan mereka. Apa saja isu di sekolah seharusnya orang yang paling dekat perlu diajak berunding dan diberi peluang untuk memberi pandangan.

Perjumpaan begini sangat bermakna kepada kepimpinan sekolah, wpun pandangan kami tidak diendahkan, tetapi kami cuba untuk bersama-sama membangunkan pendidikan negara ke tahap yang terbaik.

2 ulasan:

taifor berkata...

Yang penting di sini berilah ruang untuk berbincang0 wujudkan wadah untuk idea-idea dilahirkan. Bincaglah iadea itu dengan bijaksana. Ketepikan emosi dan rujuklah kepada sumber-sumber kajian yang ilmiah. Ini yang harus berlaku. Tapi sayannya cikgu Hassan saya dapati hari ini lebih ramai individu dan penjawat awam bertindak berdasarkan perasaan dan emosi.
Malang lagi bila saya dapat tahu ada pentadbir mengambil tindakan berasaskan kata-kata hasutan dari orang yang kononnya kepercayaan"penasihat" mungkin kerana lebih senoir. Tanpa membuat perbincangan dan semakan secara personal ke atas sesuatu isu yang dikemukakan, tindakah dan tuduhan dilemparkan. Kerosakan semakin parah. Syabas kepada pihak yang bersikap terbuka sedia berbincang dan berani mengemukakan pandangan positif seperti Cikgu Hassan ini. Terus belajar dengan membaca konsep-konsep kepimpinan agar pendidikan terus dimantapkan.
Mungkin buku ini boleh membantu Cikgu Hassan " The Leadership Secrets of Genghis Khan" 21 lessions from History's most successful conqueror. tulisan John Man. Tahniah cikgu Hasssan dan semua Rakan guru Besar yang terlibat.

chehassan berkata...

Terima kasih Cikgu Taifor yang sentiasa memberikan pandangan yang bernas.