Rabu, 13 Mei 2009

Tahniah Pasukan Bola Baling, Juara Daerah KMY

Sekali lagi pasukan sekolah yang mewakili Zon PKG Sungai Petani merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Baling L12 peringkat Daerah Kuala Muda/Yan 2009. Sementara pasukan perempuan hanya merangkul naib johan. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru terlibat. Sebahagian besar pemain sekolah akan mewakili daerah ke Kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan pada minggu depan.

Kanak2, jika diberi bimbingan dan latihan yang betul, mereka boleh jadi apa saja. Jika kita lihat di negara-negara blok komunis, seperti Cina, Rusia, Romania dll, mereka melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi untuk lahir sebagai ahli sukan yang berjaya. Selain itu, kebolehan dan kepakaran jurulatih juga main peranan yang sangat besar bukan saja untuk mencungkil bakat dan seterusnya melatih mereka dengan cara yang betul. Guru-guru seharusnya dilatih dan diberi pendedahan yang secukupnya sebagai guru sukan. Dalam sukan, jurulatih perlu memahami sains sukan, serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam selok belok pertandingan dan penyediaan pasukan. Guru-guru yang diberi tanggungjawab perlu serius dan bersungguh-sungguh seperti seorang jurulatih profesional yang mengetahui keperluan semasa latihan dan pertandingan.

Saya merasa gembira dan bangga usaha untuk meningkatkan mutu kokurikulum dan sukan dengan mengadakan projek kecemerlangan sukan telah menampakkan hasil yang baik. saya sangat berharap semua guru yang diberi tanggungjawab sebagai jurulatih kepada pasukan sekolah meneruskan perancangan program pembangunan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini bermakna, latihan perlu dibuat sepanjang tahun dan membina pasukan pelapis yang boleh diketangahkan pada masa akan datang.

Pembangunan sukan dan kokurikulum yang baik di sekolah, akan memblehkan murid-murid sihat dan cerdas serta mengelak mereka daripada aktiviti yang tidak berfaedah dan membuang masa. Penumpuan kepada akademik semata-mata tidak menjamin sepenuhnya kita akan melahirkan manusia yang cemerlang.

5 ulasan:

mantan berkata...

Chehassan,
Semoga teru
s mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam semua bidang.

Jika betul caranya, pasti berjaya...

taifor berkata...

Teruskan usaha dan semangat yang hebat ini. Saya tetap memberi sokongan moral dan fikiran

mantan berkata...

Che,
Selamat hari guru, esok.
Semoga tetap guru.

Puteri Azizul berkata...

Selamat Hari Guru Cikgu H.....

chehassan berkata...

Terima kasih Cikgu Wahab (mantan), cikgu taifor n puteri. Slamat hari guru untuk kita semua.