Saya di IAB lagi dari 4-9 Okt 2009. Kali ini kursus Pengurusan dan Pentdbiran Pejabat. Walaupun saya pernah laluinya dalam Diploma Kepengetuaan, namun kali ini masih banyak perkara yang saya perolehi melalui sesi kuliah dan perbincangan dalam setiap topik yang diberikan. Sesungguhnya masih banyak yang perlu kita ketahui dalam proses menjadikan kita ketua jabatan yang baik di sekolah. Apa yang menariknya, terlalu banyak isu yang kami kupas berkaitan pengurusan pejabat di sekolah. Ini kerana banyak bezanya antara sekolah dengan jabatan-jabatan yang lain dalam perkhidmatan awam. Sedangkan peraturan-peraturan pengurusan pejabat yang diguna pakai dalam perkhidmatan awam yang lain, itulah juga yang terpaksa diikuti di sekolah. Justeru, saya mencadangkan kepada IAB dalam memberi kursus kepada Guru Besar Pengetua fokus perbincangan haruslah menjurus kepada pengurusan di sekolah. Jika dapat menyediakan garis panduan yang jelas pengurusan di sekolah, inilah yang lebih bagus.
Selasa, 6 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
tahniah, dapat hadirkan diri moga dapat input yang berguna
ye che, saya setuju 200 persen!
cian kat puteri terpaksa sering ditinggalkan.... tp tu la namanya sayang isteri kan kan!!! hehehe
Syabas, saya pun nak ikut juga kursus seperti ini kiranya diberi peluang
BAGUIHLA PI KURSUS..... LEPAS TU IKUT TEORI YANG PI KURSUS TU SUPAYA CIKGU-CIKGU KAT SEKOLAH TU SAYANG KAT KITA... JADILAH PENGURUS YANG HEBAAT
Catat Ulasan