Rabu, 9 Disember 2009

Besarnya tanggungjawab tetapi tiada kuasa

Setiap tahun, ada saja perkara yang baru di sekolah. Sama ada terancang atau 'ac hoc' semuanya akan menambahkan beban tanggungjawab pengurus sekolah. Kalau nak disusun senarai tugas pengetua dan guru besar di sekolah, berjela-jela panjangnya. Senarai ini bila kita bandingkan dengan pengurus sektor lain, ianya akan menjadi bahan ketawa. Sesuatu yang mudah untuk kita renungkan bersama, di mana bangunan PPD daerah saya ( daerah Kuala Muda/Yan ) sedang dibangunkan bangunan 4 tingkat. Dengan kata lain, jumlah pegawai di PPD akan bertambah apabila bangunan itu siap. Katakan 40 orang pegawai. Rasanya ke mana fokus kerja pegawai ini, kalau tidak ke sekolah. Bayangkan juga dan cuba kita kira ada berapa sektor dan unit pentadbiran di PPD dan JPN, dan kesemua kerja sektor dan unit tersebut berfokus kepada sekolah. Di sekolah (rendah) hanyalah ada seorang guru besar dan 3 penolong kanan. Bila pegawai2 ni sampai di sekolah, semuanya nampak tak kena. Macam mana nak kena atau nak bagus, kita di sekolah buat seribu macam kerja, pegawai2 tadi hanya fokus kepada satu kerja. Setiap awal tahun, semua sektor dan unit mengemukakan pelan perancangan strategik masing-masing, dan saling bersaing menunjukkan kehebatan. Kemudian semua perancangan itu akan sampai ke sekolah. Jadi kita di sekolah, belumpun siap yang ini, yang itu pula datang nak dibuat itu dan ini. Lalu berlakulah, copy paste. Janji ada dan siap, cukup. Kadang-kadang benda yang nak dibuat tu belumpun kita faham.

Saya menghabiskan 128 jam kredit untuk mendapat ijazah pengurusan sekolah dengan dengan mengambil lebih 30 kursus utama di universiti yang menjurus kepada bagaimana untuk mengurus sekolah dengan baik. Apa yang hendak saya jelaskan di sini, betapa mengurus sekolah mempunyai pelbagai elemen yang sangat rencam yang sepatutnya pembahagian tugas itu diagihkan kepada beberapa orang penolong pengurus sebagaimana yang berlaku di dalam sektor lain atau sektor swasta. Contoh yang paling mudah, adakah pengurus sektor lain perlu melihat dan memastikan tandas bersih atau memanggil pekerja untuk membersihkan tandas? Tetapi bagi seorang guru besar, dari yang sekecil2nya sehinggalah kepada yang sebesar2nya, dia mesti menguruskannya dengan baik. Jika tidak, resiko yang sangat besar menanti, bukan saja ditekan oleh pagawai2 di PPD, JPN, Nazir, Bahagian2, dan seterusnya Kementerian Pelajaran sendiri, tetapi juga berdepan dengan tindakan pendakwaan di mahkamah. Yang peliknya, begitu besar tanggungjawab diberi, tetapi kuasanya, boleh dikatakan tidak ada.

4 ulasan:

GB juga berkata...

Saya juga begitu kecewa dengan pengurusan pendidikan di negara kita.GB dipandang lekeh sekali,pihak PPD dan JPN lebih suka layan surat layang dari mendengar keluhkesah kita di sekolah.Mereka turun ke sekolah bukan untuk melihat apa yang kita dah buat,tetapi asyik mencari salah saja

chehassan berkata...

Tkasih GB singgah dan berkongsi pandangan. Saya baru 6 tahun jd GB, tapi rasa sangat tertekan dengan tgjwab yang ada dan resiko menanti. Yang peliknya, kita tidak pernah diajak bermesyuarat, yang ada hanya taklimat dan arahan sehala. Satu sistem kerja dan jawatan yang sangat aneh di dunia. Saya sentiasa terkenang ketika jadi guru biasa dengan kebebasan berkarya, kreatif dan inovatif. Jd GB, kita tergantung di antara kebolehan kita dengan keinginan guru untuk bekerja.

Taifor berkata...

Ambo setuju sangat dengan pandangan cikgu Hassan ni? Amboo nampak bukan saja guru besar, guru kecil macam saya ni pun rasa kesal kadang kala dengan gelagat pegawai atasan. Mereka datang ke sekolah bukan memberi fokus kepada usaha nak membantu, tetapi mulut yang becot cepat sangant nak mengepek. Contoh; 2 bulan lalu unit saya didatangan oleh pegawai jabatan. Ah macam ni bilik kaunselor cemerlang? Beberapa saat kemudian setelah dia diam, saya kata " Pn .tanya dulu bagaimana tempat ini sebelum saya datang?".

Yang sebenarnya sebelum saya datang bertugas ditempat saya sekarang bilik untuk saya pun tak ada. Saya buat dan ubahsuai dengan wang peribadi untuk memberi keselesaan kepada pelajar mendapatkan perkhidmatan. Kesal sekali, hari ini begitulah rata-rata gelagat superior dalam perkhidmatan awam khusunya dalam KPM/JPN. Harap KPPM boleh melihat dengan lebih konstruktif isi kepimpinan pendidikan ini.

tua Amat berkata...

PK Berkata
cewa tu cewa jugak lah, macam che hase jugak. Disekolah dia suruh kito mesyuarat. Tender kantin kena mesyuarat, tetap yuran kena mesyuarat, tetap buku kerja kena mesyuarat, dan mace mace mesyuarat lagi. Bila jabate panggil taklimat saja- balik suruh mesyuarat kat sekolah- riuh kat sekolah. Guru kato GB penakut ikut saja. Begitulah nasib GB la ni.