Ahad, 6 Disember 2009

Masa depan sukan negara

Terbaru, pasukan bola sepak sukan sea Malaysia tewas kepada Vietnam 1-3. 2 hari yang lalu Pasukan wanita pula tewas kpd Thailand 0-11. Memalukan. Tapi yang membanggakan kita squad badminton berjaya menjadi johan 3 acara dlm World Super Series Masters Finals yang baru tamat. Lee Chong wei, Wong Mei Choo dan pasangan Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui menjuarai acara masing-masing. Ini sesuatu yang hebat dan mengkagumkan. Namun, melihat kepada senario pencapaian atlit negara, rasanya masa depan sukan negara kita tiada penambahbaikan. Mungkin sistem dan budaya yang kita amalkan dalam setiap persatuan sukan. Sebutlah apapun acara sukan, pasti yang selalu kita dengar ada orang yang tidak kena mengena atau sering disebut 'penumpang' yang lebih sudu drp kuah. Satu lagi hal ialah pilih bulu atau pilih kroni masuk ke dalam pengurusan biarpun dangkal ilmu tentang sukan itu atau tak tahu langsung. Bayangkan, setahu saya, seorang yang pernah jadi tukang kawal budak2 jaga pintu stadium dalam pertandingan badminton, boleh melonjak menjadi SU Kehormat Persatuan Badminton Malaysia. Saya kenal dan tahu sejarah ini, kerana saya pernah juga aktif dalam Lembaga Pengadil Kebangsaan. Dipendekkan cerita, kalau bahagian pengurusan BAM dikontrol oleh bangsa India dan kalau bahagian pengadil pula, orang Melayu tak akan lulus peperiksaan gred 1 wpun sudah senior dan buat yang terbaik dalam ujian. Tapi budak2 Cina, baru lulus gred 2, sekali ambil test gred 1, dah lulus dan sudah boleh dihantar ke kejohanan seluruh dunia. Begitu juga dalam hoki dan olahraga, cuba tengok, siapa yang mengurus dan kroni2nya. Bola sepak, bolehlah dikatakan dikontrol orang Melayu. Begitu juga dengan pemain. Saya pernah mendengar rungutan adik beradik Devinsi SAHA yang cuba bangkit macam keluarga arwah Hj. Sidek dalam badminton. Cerita mereka, mereka sengaja cuba dijatuhkan dengan pelbagai cara termasuk lambat membayar elaun, tukang masak ketika sesi latihan pusat orang Cina dan macam2 lagi. Jadi akhirnya hilanglah anak2 yang berbakat ini.

Saya menulis ini, kerana inilah yang jarang diketahui umum dan tidak pernah didedahkan oleh media kita. Mungkin juga media tumpang sekaki sebagai kroni. Sekarang mari kita check dalam semua jenis acara sukan di negara kita, siapakah orang2 kuat di atas dan sejauh mana pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sukan yang mereka naungi. Akibatnya, semua yang sampai kepada pengetahuan mereka baik belaka. Cuba ingat sejarah Presiden BAM, datuk Alias Omar, pegang reket pun tak reti, Dolah Fadhil Che Wan pun 2x5. Begitu juga Datuk Nazmi. Cuba bandingkan dengan pengurusan sukan di negara lain, yang menjadi orang2 kuat di atas semua dahulunya jaguh sukan.

Sampai bila kita nak tukar senerio ini. Bermula di sekolahpun masih tidak tentu haluan. Sukan dan kokurikulum dipandang sepi. Ahli2 sukan kita kebanyakannya lahir secara tidak sengaja, bukannya bakat betul2 dicungkil di sekolah. MSSM hanya sekadar memenuhi takwim tahunan dan tidak berdaya menandingi anak2 yang tak kenal sekolah dari Indonesia atau Vietnam.

Sekali lagi saya menonton World Super Series Masters Finals di Johor Bahru dengan rasa yang sangat kecewa dengan sambutan penonton bila kita bandingkan dengan kejohoanan2 di sekitar Cina, Hongkong dan Korea beberapa minggu sebelum itu. Pada saya ini menunjukkan minat rakyat negara kita terhadap sukan jauh terkebelakang daripada negara lain. Kesimpulannya, jika menonton pun kita tidak minat, bagaimana mungkin kita dapat melahirkan jaguh sukan yang hebat. Sepatutnya kerajaan dan BAM harus mencari jalan untuk menarik minat penonton dan seterusnya menanam minat bersukan di kalangan rakyat. Inilah tugas pengurusan BAM, Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Sepatutnya yang nak dilantik sebagai Menteri Sukan dan semua Pengurusan Sukan perlu ada kelulusan Sains Sukan. Barulah para pelajar Sains Sukan di Universiti merasakan mereka diperlukan oleh negara. Kebetulan cuti sekolah, apalah salahnya, budak2 sekolah diberi tiket percuma. Daripada stadium kosong, lebih baik budak sekolah diberi pendedahan dan ditanamkan minat. Promosi dibuat ke sekolah di seluruh negara, sebab sekolahlah tempat yang sepatutnya melahirkan ahli sukan negara. Saya masih ingat, ketika negara kita menjadi tuan rumah hoki piala dunia pada sekitar 70an, dan diadakan siaran langsung di TV, habis semua batang langsat di kampung saya menjadi mangsa saya dan rakan2 mangasah bakat bermain hoki sehingga saya boleh bermain hoki. Tetapi hari ini, anak2 lebih seronok dibawa ibu bapa berpeleseran di pasaraya atau pesta2 seperti jom heboh dan sebagainya.

Saya sangat kagum dan terharu, bila melihat, kanak-kanak riang gembira dan penuh semangat dengan ibu bapa menonton pasukan kesayangan mereka dalam liga bola sepak Inggeris. Mereka tidak lagi seperti penonton pasukan Kelantan dalam final piala Malaysia beberapa bulan lalu. Sukan pada mereka bukan saja hiburan, tetapi banyak yang memanfaatkannya.

7 ulasan:

mantan berkata...

Che,
Sebab itulah sukan di negara kita tidak maju.

Kejayaan Keluarga Hj Sidek itu adalah atas usaha dan inisiatif sendiri. Sebab itulah sukan badminton boleh dikatakan berjaya.

Saya setuju kalau ahli sukan yang menjadi pemimpin sukan. Mereka ni lebih arif dlam hal-hal yang berkaitan sukan.

Sukan yang berjaya seperti badminton, squash, renang dan bowling, gymnastik kebanyakan adalah dengaan inisiatif sendiri.

Yang memegang jawatan tinggi dlm bidang sukan sekadar menyibuk apabila sesuatu jenis sukan itu berjaya di peringkat dunia.

chehassan berkata...

Saya setuju Mantan. Tapi sebab kita cikgu, saya sangat suka kita urus sebaiknya sukan di sekolah. Ada kemudahan, jurulatih, peluang dan penghargaan kepada guru-guru yang hebat dalam sukan.

Taifor berkata...

Tahniah ! satu penulisan dan kritikan yang amat baik. Cikgu Hassan ini memang benar-benar menjiwai dunia sukan. Bukan sahaja meminati sukan tetapi mempraktikkan apa yang dikata. Seorang guru dan pemimpin organisasi yang berpandangan jauh. Saya setuju memang jauh lagi negara kita boleh mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam dunia sukan. Faktor yang lebih asas belum menjadi amalan masyarakat kita sebagai contoh amalan gaya hidup sihat itu sendiri masih terabai. Semoga perjuangan ke arah memartabatkan dunia sukan yang sihat benar-benar diperjuangkan

Taifor berkata...

Tahniah ! satu penulisan dan kritikan yang amat baik. Cikgu Hassan ini memang benar-benar menjiwai dunia sukan. Bukan sahaja meminati sukan tetapi mempraktikkan apa yang dikata. Seorang guru dan pemimpin organisasi yang berpandangan jauh. Saya setuju memang jauh lagi negara kita boleh mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam dunia sukan. Faktor yang lebih asas belum menjadi amalan masyarakat kita sebagai contoh amalan gaya hidup sihat itu sendiri masih terabai. Semoga perjuangan ke arah memartabatkan dunia sukan yang sihat benar-benar diperjuangkan

Puteri Azizul berkata...

Tahniah atas penulisan yang baik dan memberi info kepada pembaca yang menjengah blog u

Puteri Azizul berkata...

Tahniah atas penulisan yang baik dan memberi info kepada pembaca yang menjengah blog u

Tanpa Nama berkata...

salam, memandangkn ada dsebutkan kluarga SAHA dlm artikel d atas, sy dgn dukacitanye ingin memaklumkn bahawa Hj Sanusi dr kluarga SAHA tersebut baru shj menghembuskn nafas terakhr d Hospital Columbia jam 915pm (31/1/2012) tadi,jenazah akan tiba d rumahnya (NO10, jln 1/10, Bdr Sunway Semenyih, SEmenyih, s`gor) kira2 jam 12am mlm nanti. jenazah akan d mandi+kafankan & d Masjid Raja Muda Musa SEmenyih jam 10am pagi esok & solat jenazah & d kebumikan slps solat zuhr esok (1/2/2012). no utk d hubungi : 019 3040 848/ 019 433 4414(Davincy SAHA)- jiran