Selasa, 24 November 2009

Mari kita buka sekolah pada waktu cuti

Saya sering membayangkan dan mengidamkan suasana di sekolah pada waktu cuti bukannya sunyi sepi. Sebaiknya sekolah itu kita jadikan Pusat Sehenti Pendidikan untuk komuniti dan masyarakat setempat.

Bayangkan pada cuti sekolah; seawal jam 8.00 pagi, ibu bapa menghantar anak2 atau bersama anak2 hadir ke sekolah untuk memanfaatkan sumber pendidikan. Pusat sumber yang mempunyai Pusat Akses, Makmal Komputer, Bilik Perbincangan, TV, Video, Astro, akhbar, buku dan sebagainya itu dibuka untuk murid dan warga sekolah. Di samping itu, sekolah dan Pusat Sumber juga menyediakan pelbagai aktiviti dengan cara menjemput 'penghibur pendidikan' atau badan2 sukarela yang berkaitan dengan pendidikan. Antara aktiviti yang boleh diadakan seperti, tayangan gambar, forum kanak2, tresure hunt (dalam sekolah) pertandingan melukis, pameran dan sebagainya. Pendek kata jika diurus dengan baik, masa cuti kanak2 tidaklah terlalu berfokus kepada pusat membeli belah atau acara hiburan di luar yang banyak unsur negatif itu. Bayangkan juga betapa besarnya manfaat kepada kanak-kanak dari kelompok kurang mampu, di mana di rumahnya tidak ada TV Astro, komputer dan capaian internet dapat menikmatinya di sekolah ketika cuti sekolah yang tidak terikat dengan jadual waktu itu. Saya sangat yakin hal ini boleh berlaku, jika kita cuba mengubah sikap dan mindset kita bahawa cuti sekolah bukan bermakna sekolah DITUTUP.

10 ulasan:

allyhanafi berkata...

Salam Saudara..

Saya menyokong sekiranya sekolah tidak ditutup pada waktu cuti sekolah. Banyak perkara bermanfaat boleh dilakukan oleh murid-murid dan ibubapa dengan menggunakan kemudahan seperti pusat akses dan pusat sumber di sekolah. Sekiranya saya ditawarkan untuk berkhidmat pada musim cuti sekolah, saya dengan hati yang ikhlas tidak akan menolak.

chehassan berkata...

Diddy, sepatutnya cikgu2 tak perlu nak tunggu ditawarkan tugas atau tunggu arahan. Inilah yang dinamakan inovasi. Pentadbir sekolah sentiasa mengharapkan sesuatu kejutan daripada guru2nya. Asalkan ianya baik dan memanfaatkan murid dan sekolah. Saya mempunyai banyak pengalaman menarik ketika mula2 jadi guru dulu yang boleh dianggap sebagai satu kejutan dan inovasi pendidikan. Antaranya sebagai Penyelaras PSS (SMK Jalan San Peng, KL - sekitar awal 1990an), saya telah berjaya menjadikan PSS yang terbaik di KL dan memberi impak yang besar kepada sekolah. Pada sekitar 1998, saya sebagai PKKO di SK Wangsa Maju Seksyen 1, KL, telah berjaya meningkatkan nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam sukan dan kokurikulum, melalui Projek Gemilang 2000. Guru sepatutnya sentiasa kreatif dengan idea dan diolah dengan kesungguhan, saya sentiasa optimis, dunia pendidikan kita akan jadi yang terbaik. Hari ini, kita punya pelbagai kemudahan moden dan canggih. Jadi, ayuhlah para guru. Tunjukkan bahawa kita pendidik yang sejati.

insan pendidik berkata...

salam,

Pertama kali berziarah. Moga mendapat perkongsian ilmu dan salam aidil adha.

chehassan berkata...

Terima kasih IP. Salam sebagai rakan bloger.

seri berkata...

bagus sekali bayangan seperti itu namun adakah guru yang benar-benar jujur ikhlas dan sanggup mengorbankan cuti mereka...kalau ada alangkah baiknya...dapat juga mengawal tingkah laku anak2 di masa cuti sekolah sebab mereka ada tempat untuk mengisi masa senggang.

chehassan berkata...

Seri, jadi guru sepatutnya semua kena ikhlas. Tak perlu tunggu GB suruh. Pentadbir sekolah hanya perlu memperakukan atau memberi pandangan tambahan ke arah penambahbaikan apa saja di sekolah. Inilah yang dikatakan guru berprestasi tinggi atau berinovasi tinggi. Guru yang baik dan hebat sentiasa mengemukakan cadangan2 ide baru dan cuba melaksanakannya untuk kebaikan murid, diri dan sekolah. Sebab guru sudah punya kemahiran dan latihan cukup. Kalau nak tunggu GB bagi arahan, tunjuk dan ajar, orang yang bukan gurupun boleh jadi guru.

Tanpa Nama berkata...

Inovasi dari pihak pentadbir juga amat diperlukan.Sebagai pentadbir,kitalah yang mencorakkan sekolah kita.Nak buat apapun,tepuk dada tanyalah selera.Keikhlasan adalah membuat sesuatu dengan niat bukan untuk menunjuk ataupun sentiasa mahu dipuji..

kembara kelana berkata...

biasalah...aku selalu kontra...
aku tak setuju pada cadangan kau tu. sebab cikgu perlu bercuti sekejab memgurus keluarga mereka...mereka selalu meletakkan anak mereka sebagai 2nd priority bila bertugas,masa cuti nilah mereka nak nolong ibu bapa, ziarah sedara amra dan selelsaikan masalah...kalau sekolah duk bukak jugak...bila mereka nak seattle masalh mereka?

masa murid ada dalam sekolah, automatik kepertanggungjawapan akan di hidupkan suisnya, buatnya ramai? tak ke semua guru kena kembali bertugas...letih macam tu.

mungkin rmah kita dekat dgn sekolah, oklah tu...beres..yang duduk jauh? macamana?

ikut ajerlah had dan wkatu yang diberikan kita bekerja, sebab kita bertugas berdasarkan mandat..mandat itu datang dalam bentuk perkeliling dan sebaginya, yang kita nak over time, over mandat...over idea...nanti jadi apa apa...mulalah kita kata beban tugas lah, apa lah...

katakan alumni, jk pibg sanggup tolong tengok tengok bebudak, alhamdulillah...kalau yang jujur macam dj diddy, nanti akan ada pulak yang ambik ruang dan peluang bila ruang dan peluang telah disedia oleh GB berinovasi

tidak salah berinovasi tetapi terlalu berinovasi akan mencetus masalah baru...

pendek kata aku ada 3 alasan menyokong dan 7 alasan memolak cadangan kau che hasse...[ jangan marah...]

chehassan berkata...

Sernok juga tajuk aku ni ye, lebih2 lagi bila engkau bagi pendapat sop. Aku setuju juga pendapat kau ni, sebab, bila budak masuk sekolah, otomatik tgjwabnya kpd GB. Tapi aku rasa idea aku ni boleh kita buat, dengan beberapa pendekatan la. Bukannya paksa guru2 datang waktu cuti. Yang aku sebut soal inovasi, jika ianya dibuat oleh seseorang guru dan ia memanfaatkan, apa salahnya. Jika arahan GB, bukan maknanya inovasi. Dan selalunya orang kreatif dan berinovasi ni dia tak payah disuruh, jadi takdalah soal guru nak bercuti. Akupun skrang dah cuba buat setiap kali cuti, tak perlu buat kelas tambahan UPSR, sebab cikgu nak bercuti. Tapi kalau dah guru kreatif n berinovasi, cutipun dia mai dan buat kelas tambahan dan macam2.

kembara kelana berkata...

eloklah kau inovasikan tugas sedia ada yang amat mencabar da kritikal seperti p&p guru, koko dll yang berlaku ...di hari persekolahan...jadikan p&p guru pelbagai, menarik dan meransang serta koko yang dapat menarik minat murid kesekolah...idea kau memang besar dan menarik serta mengundang kontroversi...sebab kau memang kaki probok...kau usik masa cuti buat apa...kau usik masa sedia ada, jadikan apa yang dalam sedia ada tu bermutu...masa cuti kita citer aktiviti tak formal...

biasalah se..kita akan bincang menda ni sampai habis masa en khairudin...padan kita berdua jer bercakap...hahahahaha