Rabu, 11 November 2009

Kita dan Indonesia 2

Ingin sekali saya berkongsi dengan anda pengalaman menarik ini. Ketika melawat Medan baru2 ini, kami serombongan diundang (kata orang indon) makan malam oleh Pak Leantono dan Ibu Masitah di rumah mereka. Kebetulan sepasang suami isteri dalam rombangan kami adalah saudara bau2 bacang mereka. Pak Leantono adalah dari keturunan Cina, dan sekarang ini bermenantukan orang Batu Caves Selangor (isteri anak sulungnya). Jadi mereka sekeluarga 'kerepotan' sekali menyambut dan melayan kami seramai 21 orang. Boleh dikatakan Pak Leantono ini bisnisman orangnya. Jadi rumahnya agak besar dan baik jika dibandingkan dengan warga yang lain.

Apa yang menarik malam itu ialah, layanan yang diberikan oleh bapak Leantono dan Ibu Masitah kepada kami. Selain berusaha memasak dengan masakan padang dan lain2nya, kami juga dilayan dengan baik sekali dari seluruh keluarga mereka. Saya merasa sungguh terharu, dan tiba2 merasa kita begitu dekat dan seperti satu keluarga. Ngobrol-ngobrol, saya ketahui rupa2 masyarakat di Indonesia begitu kagum sekali dengan siri Upin dan Ipin terbitan negara kita. Saya nyatakan kepada mereka, saya seronok menonton siri jenaka Indon, 'Suami2 Takut Isteri' dan ditiru oleh negara kita 'Di bawah Ketiak Isteri'. Daripada pandangan Pak Leantono, saya mendapat banyak gambaran tentang kehidupan masyarakat Indonesia dan di Medan khususnya.

Terima kasih Pak Leantono dan Ibu Masitah sekeluarga.

5 ulasan:

Taifor berkata...

Bertuah cikgu Hassan dan rombongan, melawat dan kesempatan mengenali hati budi masyarakat setempat dilawati secara langsung. Saya ada pi juga ke Indon ,tapi tak ada peluang sembang-sembang dengan sebuah keluarga secara lansung sedemikian. Yang jumpa semua orang busines tepi jalan dan kedai. Tak dapatlah mengenali dan menghayati masyarakat yang hidup secara normal dalam masyarakat normal yang sejati.
Apapun nampaknya mereka secara majoriti nampaknya lebih sukar menangani hidup berbanding warganegara kita malaysia.

yusofsipan berkata...

menarik che hassan, teruja pulak nak mencari jejak2 lama di sana....

Faris berkata...

Che Hassan,
Result permohonan Master dah keluar. Boleh semak sekarang. Dapat ke tidak?

chehassan berkata...

Terima kasih Taifor, YBS dan Faris

Tanpa Nama berkata...

Berbaik atau beramah dengan orang tak ada salahnya....