Jumaat, 20 November 2009

Guruku yang hebat

Sehari sebelum sekolah bercuti, sekolah seperti berpesta. Ada yang mengadakan jamuan akhir tahun untuk kelas, ada yang merakamkan gambar kenang-kenangan 2009 dan macam-macam kerenah guru dan murid. Sebagai pemegang tgjawab dan amanah menjaga segala-galanya di sekolah, aku menjalankan rutin biasa meronda keseluruh kawasan sekolah dan kelas. 2/3 hari seblum cuti, rasa cemas semacam je, takut2 ada kes yang menimpa murid. Setibanya di satu kelas, aku merasa terkejut dan sangat terharu bila melihat seorang guru senior dan murid-murid yang masih kecil di dalam kelasnya masih tekun mengajar dan belajar. Lama juga aku memerhati dari jauh dan aku dapati guru dan murid-murid di kelas ini sedikitpun tidak terganggu dengan keadaan di luar kelas, di mana beberapa kumpulan murid sedang merakamkan gambar kenangan dengan guru-guru mereka. Guru dan murid-murid kelas ini, kelihatannya seperti tidak mahu bercuti. Walhal, sekolah tahun 2009 hanya tinggal esok untuk tamat. Ketika aku mengambil kesempatan bertanya apa yang diajar lagi, aku tiba2 jadi sebak, kerana rasa terharu dengan jawapan guru itu yang penuh ikhlas dan jujur wpun, murid-murid di depannya bukanlah sebangsa dengannya. Peristiwa ini seharusnya dirakam sebagai bukti, kita 1 Malaysia.

Alangkah baiknya, jika semua kelas pada hari itu, berlaku seperti itu. Syabas cikgu.

4 ulasan:

allyhanafi berkata...

Aduh.. terharunya saya. Alangkah baiknya kalau saya boleh menjadi seperti beliau..

chehassan berkata...

Dj Diddy, terima kasih singgah di blog saya yang tak seberapa ini. Pada saya, guru yang baik sentiasa memanfaatkan masa memberikan apa saja didikan yang terbaik kepada muridnya.

amalhaj berkata...

Guru adalah segala-galanya,tapi adakah semua? Sekarang ada di sekolah cikgu. Wajar dimantapkan kekuatan yang ada pada dirinya.

Unknown berkata...

bagusnya cikgu tu...
APC jangan lupa, bagi kat dia ...

tahun depan kalau buat macam tu , ramai cikgu tak mau cuti sebab nak dapat APC..