Isnin, 16 November 2009

Keinginan untuk terus belajar

12 disember nanti saya akan kembali ke UPSI untuk menyambung pengajian ke pringkat sarjana (master). Entah macam mana, september lalu, ketika berkursus di IAB, saya diberi semangat oleh sahabat baik saya (Usop Rompin) wpun dia sendiri belum lagi bermula. Persoalannya, kuatkah saya pada usia begini dengan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Keinginan untuk terus belajar sentiasa ada di dalam diri dek terasa diri masih terlalu dangkal ilmu. Usaha saya ini juga sebagai pembakar semangat kepada anak2 saya dan rakan2 guru di sekolah saya bahawa, wpun kita sudah bergelar guru, namun keperluan ilmu sentiasa ditagih dari diri kita sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan yang semakin luas dan moden. Wpun belum bermula, sudah ada rakan2 yang memberi dorongan dan semangat. Terima kasih semua, semoga saya diberi kekuatan dan rahmatnya.

8 ulasan:

seri berkata...

che hassan boleh..
pejam celik pejam celik nanti tamatlah belajar tu...yang penting niat, semangat, usaha dan doa. Semoga berjaya.

mantan berkata...

Che,
Teruskan. Peluang tidak selalu datang. Fikirkan boleh.

chehassan berkata...

Terima kasih seri dan mantan. Kekuatan diri adalah anugerah tuhan. InsyaAllah.

Faris berkata...

Pokok pangkalnya kehendak dan semangat. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sekali melangkah, melangkahlah ke hadapan dan tidak ke belakang. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jangan sekali2 menoleh ke belakang. Alah bisa tegal biasa.

Ini semua merupakan pembakar semangat. Sama macam saya dulu semasa mula2 memohon dan mendaftar. Apabila telah berada di tempat itu, semangat seperti datang secara tiba2. Sedar tak sedar dahpun habis satu semester. Semoga terus bersemangat Che Hassan.

Puteri Azizul berkata...

Tahniah dan harapan anda akan lakukan yang terbaik utk diri, family dan jabatan pelajaran.

chehassan berkata...

Terima kasih Faris. Saya akan cuba yang terbaik. Dan saya yakin boleh.

amalhaj berkata...

syabas atas kegigihan cikgu yang pastinya kejayaan akan menanti dan ingatlah usia bukan penghalang untuk terus maju kehadapan.
tahniah.

chehassan berkata...

Terima kasih amalhaj, secara maya u memberikan semangat untuk saya. InsyaAllah.