Sabtu, 21 November 2009

Cuti yang tidak cuti

Jiran di sebelah rumahku bertanya; kerja ke cikgu cuti sekolah ni? Aku jawab; kerja. Dia agak terpinga2 bila melihat aku macam biasa, sentiasa kemas masuk kereta menuju sekolah. Kebanyakan orang tidak tahu bahawa GB/Pengetua bekerja ikut waktu pejabat. Hari ini aku cuba sampai di sekolah sebelum jam 8, takut2 ada pegawai PPD buat spot check, pada hari pertama cuti, kononnya GB ponteng. Cuti sekolah kali ini hanya 5 minggu. Hitung sana-sini, rasanya tak cukup hari untuk menyiapkan perancangan sekolah 2010 dan segala urusan persediaan buka sekolah. Dalam 5 minggu tu, saya terpaksa memanggil guru2 selama 2 minggu untuk bersama-sama membuat persediaan sesi persekolahan 2010. Alhamdulilah, hari ini sambutan guru2 tidak mengecewakan wpun terpaksa hadir dalam cuti sekolah. Ini bermakna, waktu cuti sekolah bukanlah waktu cuti yang sebenarnya bagi guru apa lagi guru besar yang memang bekerja ikut waktu pejabat. Dan perkara ini seharusnya diketahui umum supaya masyarakat tidak lagi prajudis terhadap guru yang mengatakan jadi guru banyak waktu cuti. Yang bercuti sebenarnya kanak-kanak atau para pelajar. Itupun, masih ada tugasan, ada yang menghadapi peperiksaan, ada yang menghadiri tuisyen, ada yang dihantar ibu bapa ke kem kecemerlangan dan sebagainya. Cuma yang agak rasa tenang sikit, tidaklah ada kebimbangan tentang keselamatan murid. Semoga jiranku tadi faham, bahawa aku berusaha menjadikan sekolah tempat terbaik melahirkan rakyat yang berguna kepada negara.

4 ulasan:

mantan berkata...

Che,
Sebenarnya murid yang bercuti. Guru tidak mengajar kerana murid tiada di sekolah (bercuti).

Guru-tetap guru juga. Dan walaupun waktu cuti, dalam keadaan tertentu, guru boleh dipanggil ke sekolah pada bila-lama masa pada 'hari bekerja'.

Saya percaya Pekeliling berkaitannya masih terpakai.

chehassan berkata...

Terima kasih orang lama, mantanguru. Sebagai GB, kita berusaha menyenangkan hati guru-guru. Kalau boleh biarlah guru juga dapat menghilangkan lelah. Tapi pada saya, jika semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual, kita taklah terlalu sibuk dan tertekan dengan kerja yang belum selesai.

Taifor berkata...

Tahniah cikgu Hassan. Anda memang kaki kerja. Saya amat kenal dengan cikgu Hassan ni. Kalau semua guru besar macam ni selamatlah anak-anak pelajar yang dihantar ibu bapa ke sekolah berkenaan. Di Kelantan ni ada seorang guru besar yang amat saya kenali, rajin sungguh. En Omran Omar GB sk seri Kiambang. SK dikampong saya diRepek sekarang. Baru-baru ni UPSR jadi sekolah terbaik dalam jajahan Pasir Mas. Kawan saya ni kerja sepanjang masa. Samalah dengan Cikgu Hassan. Tahniah

seri berkata...

yelah che hassan
saya pun masih belum cuti lagi. seminggu ni saya ke sekolah, saya bertugas seminggu...banyak borang2 kemasukan murid lulusan upsr perlu di sah dan ditandatangani...GB tiada dia ada mesy MGB di KL terus ke Singapore, GPK pentadbiran pula ke Mekah, GPK Hem pula kursus perngurusan di KL..
petang ni baru nak goreng kacang nak buat kuah nasi impit....esok dah raya haji....anak pun ada balik. Selamat hari Raya Aidil Adha buat Che Hassan sekeluarga.