Ahad, 27 September 2009

Banyaknya cuti sekolah

Banyaknya cuti sekolah. Sebelum puasa cuti seminggu, selepas puasa cuti lagi seminggu. Baiknya, kesesakan lalu lintas agak terkawal bila ibu bapa boleh merancang perjalanan hari raya. Namun apa yang berlaku di sekolah, budaya terlalu banyak cuti akan menjejaskan perjalanan sekolah. Aktiviti serta semangat guru dan murid terbantut. Bukan senang untuk memulihkan semangat untuk aktiviti pendidikan selepas kembali daripada bercuti. Bahkan ada yang terlanjur menyambung cuti dengan pelbagai alasan. Di SKTI, hampir purata 2 kelas murid tidak hadir selepas cuti hari raya dan cuti-cuti yang lain. Senario ini seperti sudah menjadi hebit yang pastinya akan menjejaskan proses pendidikan di sekolah. Semuanya jadi perlahan dan tertangguh. Dan impaknya, bukan hanya pada hari tersebut tetapi akan turut mempengaruhi budaya sekolah, pembentukan sahsiah murid serta pencapaian akademik. Amalan dan hebit seperti ini harus dibendung terutama di institusi pendidikan yang menjadi pentas pembinaan negara bangsa. Sekolah seharusnya menyediakan satu pelan tindakan khas sebelum dan selepas bercuti, agar semua warga sekolah dan komuniti setempat bersedia untuk kembali kepada rutin dan program pendidikan yang lebih dinamik.

3 ulasan:

Muram berkata...

Che,
Barangkali Hari Isnin ialah hari "muram" selepas cuti panjang dan bersukaria ketika aidilfitri.

Kena pulih kembali semangat semua.

Budaya, seperti sikap juga memang sukar dipulihkan.

Semoga hari-hari seterusnya tidak menjadi hari yang "murung".

Selamat bertugas.

chehassan berkata...

Terima kasih muram, yang tidak murung. Semuanya bermula dengan 'pendidikan', di rumah, d sek. dan masyarakat. Muram kita semua, muramlah bangsa.

kembara kelana berkata...

mamak genting duk panggil hang nie.. jom