Minggu lepas saya berpeluang melawat Medan, Indonesia. Pertama kali ke Indonesia. Selama 5 hari 4 malam di sana ada banyak perkara yang boleh saya kongsikan. Secara keseluruhannya kehidupan di Kota Medan dan sekitarnya yang saya lawati, boleh saya katakan ada banyak perbezaannya dengan negara kita. Walaupun mereka dalam rumpun Melayu, tetapi masih jelas budaya kehidupan yang dipengaruhi oleh persekitaran yang agak sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan kita. Pada pemerhatian saya dan apa yang saya rasai, suasana di sana seperti ketika kita 30 tahun yang lampau. Wpun di tengah kota Medan, tetapi kehidupan dan perbandaran mereka seperti masih belum benar2 terurus. Jalan-jalan raya tidaklah sehebat dan segah di tempat kita walaupun di depan bangunan besar atau kompleks membeli belah. Longkang2nya penuh dengan kekotoran dan pecah di sana-sini. Seperti tiada siapa yang ambil peduli. Penuh dengan kekotoran, debu dan kerosakan yang tidak terbela. Sepanjang saya di sana, tidak kelihatan oleh kami jentera atau orang yang mengurus pembaikan jalan atau kemudahan awam. Wpun jalan seperti jalan ke Parapat, sebuah pekan pelancongan di pinggir Danau Toba, keadaan jalannya sangat menyedihkan. Saya sangat terkejut dan merasa tidak selesa ketika berada di dalam bas yang sesekali dipandu laju wpun jalan rayanya, kalau di negra kita, tidak akan dilalui oleh bas.
Melihat beberapa buah sekolah kerajaan, saya merasa terkejut dan sayu. Sekolah rendah atau SD (sekolah dasar) di sana kebanyakannya daif sekali. Wpun dibandingkan dengan sekolah saya ketika kanak2 40 tahun dahulu, rasanya masih lagi tidak setanding. Bayangkan di hadapan sekolah yang dianggap tapak perhimpunan, sama seperti sawah padi. Persekitaran sekolah tidak kelihatan kawasan yang elok seperti sekolah di tempat kita untuk dijadikan tempat kanak-kanak bermain. Tidak kelihatan juga wpun sebuah kereta guru, sebab katanya gaji guru sekitar rm300 sebulan sahaja.
Ketika bergerak dalam kumpulan untuk membeli belah, kami diikut oleh sekumpulan lelaki yang kerjanya menjual barang-barang sebagai oleh2 dari negara mereka. Yang anehnya mereka seperti tahu ke mana destinasi kami selanjutnya, sebab setiap kali kami tiba, mereka orang yang sama sudah tersedia dengan barang2 dagangan mereka. Mereka tidak jemu2 menawarkannya wpun sudah berkali2 dan kita tidak membelinya. Betapa kuatnya semangat mereka. Menjawab soalan saya, kata mereka, pendapatan hasil jualan begitu lebih besar daripada bekerja makan gaji. Selain itu juga, kedapatan kanak2 yang kelihatan daif, meminta2, katanya "pak untuk biaya sekolah pak"...dalam hati kecil saya, benarkah mereka bersekolah?
Mendalami kehidupan mereka, saya merasa begitu insaf betapa kita sangat beruntung dilahirkan di Malaysia. Segala-galanya ada dan segalanya-galanya tersedia. Yang tidak ada, hanya kepada orang-orang yang malas berusaha. Dan saya merasa sangat sedih bila melihat apa yang ada di sekolah, tidak dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pendidikan dan kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

5 ulasan:
Che,
Jauh perjalanan, banyak pengalaman.
Pengalaman akan menjadi pengetahuan.
Pengetahuan juga memberikan kesedaran dan keinsafan.
Itu memperkukuh 'kemanusiaan kita'...
che,
kita selalu ke medan..dan dah lali dengan way of life mereka tu..Kita paling suka makanan padang nya saja apart from shopping.
Jom lah, kita ke bandar2 lain pulak.
Jadilah org yang tahu erti bersyukur.hargai apa yang ada dan make full use of it.jgn sampai ini terjadi pada kita
1 ) U never miss the water till the river runs dry
2)Only experience teaches fool
Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang......hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...fikir2kan..selamat merenung kembali.
Terima kasih rakan2 bloger dan yang singgah. Benar kata-kata anda, jadikan semuanya iktibar. Kehidupan seperti roda.
Bagus juga cadangan Hani, nanti kalau nak ke mana2 jangan lupa ajak saya sekali.
Catat Ulasan