Ahad, 5 April 2009

Membina budaya kerja cemerlang

Untuk menjayakan visi sebagai Sekolah Cemerlang, semua aspek yang ada di sekolah perlu cemerlang. Mana mungkin sekolah akan jadi cemerlang dan terbaik jika murid, guru, kepimpinan, perkhidmatan, kemudahan dan semua yang ada di sekolah hanya pada tahap biasa sahaja. Visi akan menjadi sebagai retorik dan kata-kata manis yang tidak bermakna. Memahami dan menghayati erti kecemerlangan, semua keluarga sekolah harus menunjukkan satu sikap yang ingin berubah dan bergerak ke arah perubahan. Cemerlang bermakna terbaik daripada yang biasa dan baik. Ini bererti kita perlu meletak satu penanda aras sebagai sasaran penambahbaikan dari semua aspek. Dalam perancangan strategik, selain daripada strategi untuk menyelesai dan meleraikan isu, tahap pencapaian usaha-usaha penyelesaian tadi harus diukur mengggunakan indikator yang standard (KPI).

Pagi tadi ketika berkongsi maklumat denganseorang pensyarah Institut Perguruan Kampus Perlis yang hadir menyelia guru pelatih j-QAF, beliau sempat menceritakan salah seorang pelajar dalam kumpulannya (bukan di sekolah ini) telah menunjukkan kelainan dan kecemerlangan yang luar biasa bukan saja ketika p&p di dalam kelas tetapi juga rekod-rekod berkaitan dengan tugas dantanggungjawabnya di sekolah, sehinggakan pensyarah ini mencalonkannya sebagai guru pelatih cemerlang. Saya bukan saja terpegun tetapi dapat membayangkan bagaimana guru pelatih ini berusaha belajar untuk menjadi guru yang baik kerana saya pernah lakukan itu suatu waktu dahulu. (Saya antara guru pelatih cemerlang) Untuk menyediakan satu rancangan mengajar 40 minit, saya mengambil masa hampir 2 jam, untuk berfikir dan mencari idea bagaimana untuk menghidupkan kelas ketika sesi p&p. Ini memerlukan kesungguhan dan kreativiti. Kesungguhan dan kreativiti lahir daripada amalan, pemerhatian dan keinginan untuk menjadi lebih baik.

Budaya kerja cemerlang di sekolah merangkumi semua aspek pendidikan. Bukan saja p&p di dalam kelas, tetapi semua yang berkaitan dengan usaha untuk kita mendidik pelajar. Pelajar yang merupakan kanak-kanak, memerlukan 100% perhatian dan bimbingan guru dengan segala kemudahan dan kepakaran yang ada. Jika hanya semata-mata p&p di dalam kelas, proses kemenjadian murid tidak akan berlaku secara menyeluruh.

Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian semua guru dan staf bahawa apa yang sedang berlaku di SKTI masih jauh menepati sasaran atau penanda aras kecemerlangan yang kita impikan. Saya sering mengatakan kita tidak boleh hanya melihat sesuatu itu akan berlaku sebaliknya kita perlu melakukannya. Untuk melakukan perubahan ini, kita terlebih dahulu perlu mengubah cara dan budaya kita bekerja. Budaya hanya melakukan kerja rutin pada kadar biasa sahaja, hasilnya kita tidak mungkin mencapai kecemerlangan. Bayangkanlah jika perkara2 kecil yang sepatutnya kita boleh selesaikan sendiri dengan baik tetapi kita tidak prihatin dan tidak ambil peduli, ini bererti kita msih berada di takuk lama. Justeru, buatlah sesuatu yang kita tidak biasa dan tidak suka lakukannya, tetapi ia menunjukkan perubahan yang baik wpun sedikit. Ini menunjukkan kita sudah bermula dan bergerak ke hadapan. Ayuh kita cuba bersama-sama.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Hassan ! saya cadangkan cikgu wujudkan satu wadah wacana ilmu mingguan untuk guru-guru. 10 minit untuk satu sesi cukup. Dalam wacana itu minta cikgu-cikgu tu secara berjadual bergilir membentangkan sinopsis pembacaan harian mereka dari mana-mana buku yang signifiken dengan aspek pembangunan kendiri/kemenjadian tadi. Dan berikan pengukuhan dengan pernyataan terbuka terutama semasa membuat penilaian prestasi. Cari mekanisma bagaimana guru boleh mengamalkan apa yang mereka bicarakan melalui wacana tersebut. Melalui majlis ini saya percaya konsep cakap tak serupa bikin semakin berkurangan dalam satu-satu organisasi itu. Pada umumnya saya nampak warga pendidik kita kurang membaca, lantaran itu mereka jauh dengan sumber rangsangan baru untuk maju dan melakukan perubahan kendiri. Saya sering kemukakan idea dalam kursus yang melibatkan guru atau kakitangan awam yang lain bahawa individu yang tidak mempunyai visi diri tetap akan memberi impak kepada organisasi. Mana mungkin mereka mampu munyumbang kepada kejayaan visi organisasi kalau visi sendiripun tak ada. Wallahuadlam. Taifor

Tanpa Nama berkata...

Salah satu buku yang cantik untuk cikgu-cikgu baca ialah : TEN POWERFUL PHRASES FOR POSITIVE PEOPLE: karangan Rich DeVos. Bahkan saya anggap kandungan buku ini boleh dijadikan bahan untuk warga pendidik jadikan renungan dalam kontek interaksi guru dengan murid dan lain-lain, termasuk ketua organisasi dan anggota keluarga organisasinya. Hebat.Taifor

Tanpa Nama berkata...

Pandangan cikgu Hassan yang terbaru tu saya sokong 100 peratus. amat saya setuju.satu pertanyaan dalam minda saya ,berapa ramai agaknya anakbuah cikgu Hassan yang membaca tulisan dan lontaran idea cikgu tu? Barangkali kena kesan juga tu.Caranya mungkin cikgu boleh minta mana-mana guru yang membaca bahan pemikiran itu supaya segera masuk ke blog komen mereka dan berikan kepada individu pertama beri maklumbalas untuk setiap pemikiran itu dengan ganjaran teertentu dimajlis perhimpunan guru atau mana-mana majlis bersama guru. saya pernah buat untuk sekumpulan pelajar yang menerima program khas bersama saya. Dari 33 pelajar form 6 pada kelas itu pada tahun 2007 yang lalu 30 orang layak memeohon ke Universiti dan 28 orang berjaya dapat tempat di IPTA. Dua tidak memohon ke IPTA kerana ke program HA dan jururawat. Kejayaan luarbiasa hasil program luarbiasa yang saya buat bersama mereka. Taifor

chehassan berkata...

Cikgu, satu perkongsian dan pandangan yang sangat menarik. Setahu saya sebahagian besar guru saya yang sentiasa berinternet menjengok blog saya. Itulah sebabnya saya mengambil peluang ini secara maya dengan ikhlas untuk berkongsi, memberi teguran, nesihat, bimbingan dan ruang untuk berdiskusi. Namun tidak ada guru yang memberi komen mungkin mereka merasa tidak selesa atau sudah menjadi lumrah antara GB/pengetua dengan guru-gurunya yang mempunyai tahap komunikasi yang terhad. Saya sangat ternanti2 komen ikhlas drp guru-guru saya. Cadangan cikgu tu sangat baik dan akan saya cuba lakukan.

Untuk makluman cikgu, saya juga ada menulis di blog ppgbupsikohot5a.blogspot.com berkaitan isu2 pendidikan yang lebih terbuka dan mungkin juga lebih berani. Sila cikgu lawati dan beri komen. Terima kasih, selamat maju jaya.

Tanpa Nama berkata...

Semoga anda akan menjadi seoranng guru basar yang disegani.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM,SAYA KAGUM DENGAN CIKGU,TAPI SAYA NI BUKAN CIKGU DAN BUKAN AHLI BAHASA .SAYA DULU TAK PANDAI BAHASA MALAYSIA TAPI NASIB BAIK DENGAN REZEKI ALLAH SAYA DAPAT JUGA C3 SPM 1981.KALAU PERIKSA KAT SEKOLAH P7 DAN P8 SAJA.SAYA BEKAS PEKERJA SWASTA .
TAPI SAYA NAK KOMEN SATU PERKARA DENGAN KEADAAN SEKOLAH BERKENAAN DISIPLIN.SELALU CIKGU SURUH ANAK -ANAK MURID KE SEKOLAH SEBELUM JAM 7.25 PAGI.TAPI DALAM PEMERHATIAN SAYA ADA CIKGU DATANG TEPAT 7.25 PAGI ATAU SELEPAS BEBERAPA SAAT 7.25 PAGI.INI ADALAH CONTOH TAK BAIK.UJUDKAN SUASANA GURU KENA DATANG SEBELUM 7.20 PAGI SEBELUM LOCENG BERBUNYI .ATAU LOCENG PERTAMA DAN KEDUA.SAYA SYORKAN BUAT LAWATAN KE SEKOLAH TERBAIK SEPERTI SEKOLAH SAINS KELANTAN.SIKAP MURID-MURID SEKOLAH SANA BERBEZA DARI SEKOLAH SEKITAR KITA.MURID YANG LEMAH DIADAKAN KELAS TAMBAHAN MENGIKUT MATAPELAJARAN.INI JUGA DIPRATIKAN DI SALAH SATU SEKOLAH KEBANGSAAN DI KEDAH DAN MENENGAH DI KEDAH.KALAU CIKGU NAK TAHU BOLEH ULAS SAYA AKAN CALL CIKGU.

EX-MPIK berkata...

Silalah ke link ini http://exmpik.blogspot.com/